Tunjuk bukti jika kerajaan ugut ahli Parlimen Kuala Kangsar, kata PM


Ravin Palanisamy

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata setiausaha agung PN perlu kemuka bukti berkenaan ahli Parlimen Kuala Kangsar diugut untuk sokong kerajaan perpaduan. – Gambar EPA, 18 Oktober, 2023.

SETIAUSAHA Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin tidak patut sewenang-wenangnya mendakwa Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain diugut supaya menyokong kerajaan perpaduan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga ahli Parlimen Tambun berkata Hamzah perlu mengemukakan bukti jika benar keadaan itu berlaku.

“Kalau dia (Hamzah) ada bukti dia kena bawa, tapi apa lagi dia nak kata?

“Apa yang saya tahu saya belum jumpa, belum hubungi dan saya tak hantar wakil untuk berjumpa dengannya (Iskandar). Saya tidak tahu siapa yang ugut dia.

“Kalau ada bukti kena keluarkan dan jangan pakai bebal saja… dan kalau ada (ugutan), ini satu tuduhan serius dia patut bawa laporan dan biar ada siasatan,” katanya yang juga ahli Parlimen Tambun.

Minggu lalu, Hamzah yang juga ketua pembangkang mendakwa Iskandar diugut supaya menyokong kerajaan dan sekiranya enggan, akan didakwa atas kesalahan rasuah.

Beliau berkata tindakan menakut-nakutkan Iskandar dipercayai bertujuan mendapatkan sokongan supaya kerajaan Madani kembali memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen. – 18 Oktober, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen