Norway umum rombakan Kabinet


Kerajaan Norway memutuskan untuk mengugurkan Menteri Luar Anniken Huitfeldt. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2023.

NORWAY mengumumkan rombakan Kabinet pada Isnin, dengan enam menteri ditukar termasuk Menteri Luar Anniken Huitfeldt, lapor Sputnik memetik kenyataan kerajaan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan memutuskan untuk menggugurkan Huitfeldt. 

Beliau akan digantikan oleh Espen Barth Eide yang sebelum ini menerajui Kementerian Iklim dan Alam Sekitar.

Huitfeldt dalam ucapannya berkata: “Terima kasih kepada semua rakan sekerja dan rakan kongsi di seluruh dunia yang telah bekerja bersamanya selama dua tahun lepas, serta mengucapkan selamat maju jaya kepada Barth Eide”. – Bernama, 16 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen