PERKHIDMATAN kereta api di Toronto, bandar terbesar di Kanada, terpaksa ditutup pada Selasa, akibat gangguan sistem rangkaian, lapor Xinhua.
Pengendali pengangkutan serantau di wilayah Ontari, Metrolinx, dalam satu kenyataan berkata kegagalan sistem itu telah menjejaskan semua koridor rel.
“Berlaku gangguan sistem CN yang menjejaskan semua koridor rel. Pasukan kami sedang bekerjasama dengan CN untuk menyelesaikan isu itu secepat mungkin.
“Pihak kami akan menyediakan kemas kini selepas memperoleh lebih banyak maklumat,” kata Metrolinx di X.
Beribu-ribu penumpang terjejas apabila laluan menghubungkan kawasan pusat bandar Toronto ke kawasan Greater Toronto dan Hamilton mengalami gangguan.
Keadaan itu menyebabkan bayaran untuk ride-hailing seperti Uber meningkat, lapor media tempatan. – Bernama, 4 Oktober, 2023.
Komen