JABATAN Alam Sekitar berkata lima kawasan merekodkan kualiti udara tidak sihat setakat 11 pagi hari ini.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang menunjukkan tahap tidak sihat ialah di Seberang Jaya (155), Nilai (127), Port Dickson (124), Batu Pahat (103) dan Larkin (155).
Bacaan IPU 0 hingga 50 dianggap baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 dan ke atas (berbahaya).
Kualiti udara di seluruh negara dilaporkan sederhana. – 1 Oktober, 2023.
Komen