Warga kota tanya perkembangan terkini pelan tebatan banjir DBKL


PENDUDUK Kuala Lumpur ingin tahu apakah usaha yang akan diambil oleh pihak berkuasa bagi menangani banjir kilat pada musim tengkujuh.

Susulan itu mereka menggesa pelan tindakan tebatan banjir kilat yang dirangka oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didedahkan kepada umum, kata persatuan penduduk.

Menurut Save Kuala Lumpur (SKL), sehingga kini DBKL tidak cukup proaktif menangani isu banjir kilat di ibu kota.

“DBKL mesti beritahu apakah pelan tebatan mereka, maklumkan kawasan titik panas yang berisiko berlaku banjir kilat di Kuala Lumpur.

“Hebah kepada penduduk mengenai jentera yang disediakan bagi menghadapi banjir,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Perlu juga ada pelan segera untuk mengatasi masalah pokok tumbang, kereta ditenggelami air, longkang tersumbat dan kerosakan lain akibat banjir, tambah Ali.

“DBKL mesti memberi jaminan mengenai langkah yang akan mereka laksanakan dan sejauh manakah DBKL bersedia untuk menghadapi banjir.

“Mereka (DBKL) juga perlu bekerjasama rapat dengan penduduk setempat.

“Turn padang dan libatkan diri dengan penduduk, ambil tahu masalah yang mereka hadapi,” jelas beliau.

Disember tahun lalu, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata DBKL telah mengenal pasti 25 kawasan panas (hotspot)  banjir kilat di ibu negara dalam usaha mengatasi masalah yang dihadapi saban tahun.

Nga dilapor media sebagai berkata beliau telah meminta DBKL memberi perhatian khusus dan keutamaan terhadap projek tebatan banjir dan kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan bagi mengatasi isu berkenaan.

Menurut Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia), negara diramal akan menerima hujan yang lebih banyak pada Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November hingga Mac depan. 

Sementara itu pakar berkata pembangunan melampau, penebangan hutan dan perubahan iklim merupakan antara faktor utama banjir kilat kerap berlaku di Kuala Lumpur. – 23 September, 2023.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen