PRN: 5 negeri catat keluar mengundi lebih 60% setakat 4 petang


Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 saluran mengundi pada PRN di enam negeri dibuka 8 pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 16 Ogos, 2023.

LIMA negeri yang mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60% setakat jam 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70% diikuti Kedah (68%), Pulau Pinang (67%), Selangor (65%) dan Negeri Sembilan (62%).

Kelantan masih lagi rendah dengan peratusan keluar mengundi dicatatkan 56% setakat jam 4 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dicatatkan setakat 4 petang tadi adalah 67%.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu. – Bernama, 12 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen