11 hilang dalam kebakaran rumah percutian OKU di Perancis


Rumah percutian untuk orang kurang upaya (OKU) di timur laut Perancis hari ini terbakar menyebabkan 11 mangsa dilaporkan hilang. – Gambar AFP, 9 Ogos, 2023.

SERAMAI 11 mangsa dilaporkan hilang dalam kebakaran di sebuah rumah percutian untuk orang kurang upaya (OKU) di timur laut Perancis hari ini, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pegawai tempatan.

Sejumlah 17 lagi selamat dipindahkan dari bangunan Wintzenheim, berhampiran bandar Colmar di wilayah Alsace, manakala seorang dilaporkan cedera dalam kebakaran yang berlaku kira-kira 6.30 pagi (0430 GMT).

Menteri Dalam Negeri Perancis Gerald Darmanin berkata penginapan itu menempatkan OKU serta sekumpulan orang dewasa dari bandar Nancy.

Darmanin berkata perkhidmatan kecemasan kini meneruskan operasi untuk mencari mangsa yang hilang. – Bernama, 9 Ogos, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen