PERANCIS menggantung bantuan pembangunan dan bantuan belanjawan kepada Burkina Faso, umum kementerian luar negeri pada Ahad.
Kenyataan itu dikeluarkan beberapa hari selepas Burkina Faso dan Mali mengumumkan bahawa mereka akan menganggap sebarang campur tangan tentera terhadap pemerintah tentera baharu di Niger sebagai “pengisytiharan perang”.
Blok Afrika Barat ECOWAS Ahad lalu mengeluarkan pemerintah baharu Niger dengan kata dua untuk menyerahkan semula kuasa kepada Presiden yang dipilih secara demokrasi Mohamed Bazoum dalam tempoh seminggu atau menghadapi kemungkinan campur tangan tentera.
Kementerian luar Perancis pada Sabtu berkata ia dengan tegas menyokong usaha ECOWAS untuk mengembalikan semula Bazoum. – AFP, 7 Ogos, 2023.
Komen