AMARAN mengancam nyawa dikeluarkan apabila Ribut Antoni yang melanda beberapa bahagian di United Kingdom membawa hujan lebat dan angin kencang, lapor agensi berita Jerman (dpa)
Sementara itu amaran kuning untuk “cuaca berangin tidak musim” dikeluarkan di bahagian selatan UK sehingga 8 malam dan amaran ribut petir dikeluarkan sehingga 10 malam di tenggara England.
Dan amaran hujan dikeluarkan sehingga 4 petang pada Sabtu meliputi tenggara Scotland.
Pakar meteorologi Met Office Tom Morgan berkata ribut itu yang pertama pada musim ini boleh mencapai kelajuan sehingga 110 kilometer sejam di pantai.
Suhu dijangka mula meningkat minggu depan, mencapai kemuncak 27C atau 28C pada Khamis di kawasan tenggara, paras tertinggi yang tidak pernah direkodkan di UK sejak Jun. – Bernama, 6 Ogos 2023.
Komen