Pekerja keluli lancar protes di luar Parlimen Britain


Kesatuan GMB berkata penyelidikannya mendapati antara 1981 dan 2021, hampir 80% kehilangan pekerjaan dalam keseluruhan sektor keluli. – Gambar fail EPA, 28 Jun, 2023.

BERATUS-RATUS pekerja keluli akan mengadakan bantahan di luar Parlimen Britain pada Rabu susulan pendedahan hampir 150,000 pekerjaan dalam industri itu hilang sejak 40 tahun lalu, lapor agensi berita Jerman DPA.

Kesatuan GMB berkata penyelidikannya mendapati antara 1981 dan 2021, hampir 80% kehilangan pekerjaan dalam keseluruhan sektor keluli.

Pekerja dari seluruh negara akan berarak dari Dataran Trafalgar London ke Dataran Parlimen menggesa “strategi perindustrian yang betul” dan bantuan daripada kos tenaga yang didakwa oleh kesatuan sekerja melumpuhkan sektor keluli.

Pegawai kebangsaan GMB Charlotte Childs berkata: “Di bawah pengawasan kerajaan ini, industri keluli yang membanggakan UK dibiarkan layu dan mati.

“Hampir 150,000 pekerjaan hilang – hampir 80% daripada keseluruhan tenaga kerja keluli.

“Kekurangan strategi perindustrian dan tiada sokongan untuk melumpuhkan kos tenaga menyebabkan risiko ‘lambakan keluli’ dari luar negara.

“Kami memerlukan tindakan sekarang atau industri tidak wujud lagi.”

Sementara itu, Setiausaha Agung Komuniti, Roy Rickhuss berkata: “Britain memerlukan industri kelulinya, negara kita dibuat daripadanya; jalan yang kita pandu, jambatan yang kita lalui, hospital dan sekolah yang anak-anak kita belajar.

“Tetapi kerajaan UK mesti memutuskan sama ada ia mahukan industri keluli di negara ini,” katanya. – Bernama, 28 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen