Pertandingan 3 penjuru di Bukit Gasing 


Noel Achariam

Penyandang kerusi DUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran daripada Pakatan Harapan berdepan pertandingan tiga penjuru menentang VKK Raja dari Muda dan D Nallan dari Perikatan Nasional. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 29 Julai, 2023.

BUKIT Gasing akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru dengan penyandangnya Rajiv Rishyakaran daripada Pakatan Harapan yang ingin mendapatkan penggal ketiga bagi kerusi itu.

Beliau akan menentang VKK Raja dari Muda dan D Nallan dari Perikatan Nasional.

Rajiv berkata beliau merasakan perbezaan kali ini kerana penyokongnya yang ramai juga termasuk daripada Barisan Nasional.

“Sekarang warna biru (BN) dan merah (PH) dan suasananya berbeza berbanding sebelum ini apabila kita berpecah. BN akan menyokong semua calon kita.

“Dengan kehadiran orang ramai hari ini, kita dapat lihat penyokong PH teruja untuk memulakannya. Kita ada dua minggu berkempen dan kita mahu semua rakyat keluar mengundi pada 12 Ogos.

“Amat penting bagi demokrasi untuk menentukan kerajaan negeri bagi Selangor untuk lima tahun akan datang.”

Mengenai lawannya, Rajiv berkata sokongannya nampaknya hebat, tetapi dia tidak akan mengambil mudah. – 29 Julai, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen