Belanda larang guna telefon pintar di bilik darjah


Belanda semalam mengharamkan penggunaan telefon bimbit dari bilik darjah dalam usaha untuk mengurangkan gangguan ketika sesi pembelajaran. – Gambar AFP, 5 Julai, 2023.

BELANDA semalam mengharamkan penggunaan telefon bimbit dari bilik darjah dalam usaha untuk mengurangkan gangguan ketika sesi pembelajaran.

Telefon mudah alih, tablet dan jam tangan pintar menghalang pembelajaran pelajar dan tidak akan dibenarkan dibawa masuk ke kelas mulai tahun depan, kata kerajaan Belanda.

“Terdapat bukti ketara yang menunjukkan telefon bimbit mempunyai kesan berbahaya semasa pelajaran. 

“Murid kurang dapat menumpukan perhatian dan prestasi mereka terjejas.

“Atas sebab ini telefon mudah alih, tablet dan jam tangan pintar tidak lagi dibenarkan di dalam bilik darjah mulai 1 Januari 2024,” katanya.

Kerajaan meminta pihak berkuasa sekolah bersetuju dengan peraturan dalaman dengan guru, ibu bapa dan murid menjelang Oktober.

Menteri Pendidikan Robbert Dijkgraaf memberitahu Parlimen beliau berharap langkah itu akan membawa kepada “transformasi budaya” dan meningkatkan pembelajaran. – AFP, 5 Julai, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen