Larangan telefon genggam di pusat mengundi 


Infografik yang disiarkan di laman Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini memaparkan langkah yang memerlukan pengundi menyerahkan telefon genggam ke pada Ketua Tempat Mengundi sebelum membuang undi. – Gambar Facebook, 9 November, 2022.

PENGUNDI akan diminta menyerahkan telefon genggam mereka kepada pegawai pilihan raya apabila masuk ke pusat mengundi untuk membuang undi.

Ini berdasarkan infografik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dimuat naik di Facebooknya awal hari ini.

Ia merupakan langkah baharu yang diperkenalkan oleh SPR untuk pilihan raya umum kali ini. Sebelum ini pengundi bebas membawa telefon genggam mereka semasa mengundi.

Dalam infografik itu, SPR menyenaraikan 10 langkah untuk dipatuhi pada hari pengundian pada 19 November.

Walaupun semua langkah lain adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya - anda hanya boleh masuk selepas dibenarkan, serah MyKad untuk pengesahan, dapatkan dakwat kekal pada jari anda daripada kerani pengundian dan dapatkan kertas undi.

Selepas ini, langkah baharu diperkenalkan, yang meminta pengundi bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi untuk meninggalkan telefon sebelum menuju ke peti undi untuk membuang undi.

Sebaik sahaja mereka selesai proses pengundian, mereka dikehendaki kembali semula ke meja Ketua Tempat Mengundi untuk mengambil telefon mereka sebelum meninggalkan pusat mengundi.

Walaupun SPR tidak menjelaskan rasional pengharaman telefon genggam, sebelum ini bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa larangan telefon bimbit di dalam pusat mengundi.

Beliau berkata membenarkan telefon bimbit masuk ke dalam pusat pengundian boleh menggalakkan rasuah.

“Telefon genggam yang dibawa masuk ke pusat pengundian boleh menjadikan undi bukan lagi rahsia dan parti politik boleh memberi rasuah kepada pengundi untuk mendapatkan sokongan.

“Pengundi boleh tunjuk melalui telefon bahawa dia sudah undi parti tertentu dan parti pun hulur wang.

“Tidak bolehkah Suruhanjaya Pilihan Raya tegah membawa telefon bimbit semasa mengundi?” kata Dr Mahathir dalam satu tulisan di blognya, baru-baru ini.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan pengerusi pemantau pilihan raya Bersih Thomas Fann mengalu-alukan langkah itu.

“Kami gembira kerana SPR telah mengambil tindakan ini untuk mengharamkan penggunaan telefon bimbit ketika mengundi, kerana mereka yang ‘membeli’ undi memerlukan mereka yang ‘menjual’ undi mereka mengambil merakam undi mereka selepas mereka memangkahnya sebagai bukti.

“Selain itu, adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Kesalahan Pilihan Raya untuk menunjukkan undi anda yang ditanda kerana undi adalah rahsia. Anda boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali,” Fann dipetik sebagai berkata dalam Malaysiakini. – 9 November, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen