Perjumpaan dengan pimpinan PKR sekadar pertemuan biasa, kata Anwar


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perjumpaan dengan pimpinan PKR hari ini hanyalah perjumpaan biasa. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Jun 2023.

“BIASA… ia satu perjumpaan biasa, mendengar taklimat seperti biasa,” itu jawapan ringkas Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai pertemuan beliau yang juga Presiden PKR bersama pimpinan parti itu di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Pengerusi PH itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Rakan Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi hari ini.

Media hari ini melaporkan pertemuan yang berlangsung di kediaman rasmi perdana menteri itu dipercayai bagi membincangkan persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi.

Setakat ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada Khamis dan Jumaat lepas manakala DUN Kedah dijadual dibubar Rabu ini.

Semalam Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan mengadakan taklimat khas di Kuala Lumpur pada Isnin berkaitan persiapan menghadapi PRN yang disertai semua pimpinan tertinggi selain Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. – Bernama, 25 Jun 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen