Tiada lagi ruang selesa, kata wakil DAP tentang pencalonannya di Johor


Chan Kok Leong

Beliau yang lantang dalam isu berkaitan pendidikan berkata, dalam tempoh lima tahun itu beliau mendapat pencelikan bahawa Malaysia hanya dapat diubah dengan mereformasikan insitusi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 24 Mac, 2018.

BEBERAPA jam sebelum pengumumannya sebagai calon kerusi Parlimen Bakri, Yeo Bee Yin berkata kekuatan semangatnya yang kental adalah penyebab beliau melepaskan kerusi selamat di Damansara Utama, Selangor.

Semangatnya itu tercetus kerana mahukan reformasi institusi yang membawa kepada kerajaan yang telus.

“Tidak ada lagi ruang selesa. Semua yang saya bina dalam lima tahun lepas sudah tamat. Dan yang ada cumalah ketidakpastian,” kata Yeo yang baru sahaja pulang dari ceramah di Kundang Ulu lewat malam semalam.

“Reformasi penting institusilah yang mendorong, membantu saya bersemangat untuk bertanding di Johor,” kata penolong setiausaha publisiti DAP itu.

Minggu lalu, jurukimia terlatih berusia 35 tahun itu mengumumkan yang beliau akan meninggalkan kerusi DUN Damansara Utama untuk bertanding di kampung halamannya, Johor.

Hari ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng secara rasmi mengumumkan Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin akan bertanding bagi Parlimen Bakri dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Parlimen Bakri merupakan salah satu gerbang utama gabungan pembangkang dalam PRU14 untuk merampas Johor, seterusnya Putrajaya daripada Barisan Nasional.

Ketika PRU13, Yeo menjadi Adun termuda pertama Selangor iaitu pada usia 30 apabila menang kerusi Damansara Utama dengan majoriti 83.6% undi.

Pada Rabu, The Malaysian Insight melaporkan yang beliau akan menggantikan ahli Parlimen selama dua penggal Er Teck Hwa untuk PRU14 kelak, walaupun sebelum ini Yeo enggan mengesah atau menafikan berhubung perkara itu.

Er, pemangku kerusi itu dalam PRU13 lalu berkata, beliau tidak merancang pun untuk mempertahankan kerusinya kerana beliau mahu membuka jalan buat muka baharu.

Pengalamannya di sebagai Adun di Selangor banyak membantu beliau melihat bagaimana pentingnya institusi bebas yang kuat dapat membantu politikus dalam menentukan dasar. – Gambar fail The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2018.

Pengajaran dari Selangor

Yeo mengakui banyak yang beliau belajar tentang ilmu politik apabila mengimbau kembali lima tahunnya sebagai Adun di Selangor.

Beliau yang lantang dalam isu berkaitan pendidikan berkata, dalam tempoh lima tahun itu beliau mendapat pencelikan bahawa Malaysia hanya dapat diubah dengan mereformasikan insitusi.

“Saya belajar di sekolah kebangsaan sebab keluarga kami tak kaya,” kata Yeo yang mempunya lima adik beradik.

“Tapi saya anggap diri saya sangat bertuah. Saya juga dapat belajar dengan cikgu-cikgu yang hebat,” katanya.

Walaupun tidak mampu pergi ke kelas tuisyen, cikgu-cikgunya sangat membantu Yeo sehinggakan beliau mendapat biasiswa pengajian daripada Universiti Teknologi Petronas dan kemudiannya Cambridge University.

Malangnya, perkara ini tidak berlaku kepada majoriti besar rakyat Malaysia, katanya.

“Yang kaya mampu hantar anak mereka ke sekolah persendirian, yang miskin pula tak mampu. Inilah yang menambahkan lagi jurang antara mereka,” ujarnya.

Walaupun beliau sendiri memulakan program tuisyen di kawasannya, beliau bagaimanapun faham yang usahanya itu sangat terhad.

“Hanya dengan mereformasikan sistem pendidikan barulah kita boleh meningkatkan tahap semua orang. Kita perlu ambil kira setiap ringgit yang kita gunakan itu berbaloi,” katanya.

Pengalamannya di Selangor banyak membantu beliau melihat bagaimana pentingnya institusi bebas yang kuat dapat membantu politikus dalam menentukan dasar.

“Selangor dah banyak berubah dengan adanya institusi yang lebih bagus walaupun masih ada lagi yang boleh diperbaiki. Namun saya sedar dengan adanya institusi yang bagus, ini bermakna lebih banyak masa untuk saya semak dengan pihak Eksekutif,” kata Yeo.

Satu kejadian yang mencelikkan beliau apabila seorang pemuda mendapatkan bantuan beliau.

“Kami berjaya membantunya dengan mengumpul dana. Tapi jika kita ada sistem perubatan yang bagus, beliau tak perlu pusing ke sana ke mari untuk cari wang.”

Kejadian itulah yang membuatkan Yeo menarik lebih pengaruh.

“Dengan hanya membuat sedikit kebaikan, satu nyawa dapat diselamatkan. Penggubal undang-undang bukan setakat hanya membuat dasar, malah mereka boleh memberi pengaruh yang positif kepada warga.”

Kelihatan Yeo mengesat air mata ketiha majlis pelancaran buku 'Reimagining Malaysia' minggu lalu. Melalui pengalamannya sebagain Adun Damansara Utama, beliau mengakui yang politikus hanyalah manusia biasa, kecuali bila politikus itu lupa diri dan bongkak dengan kuasa yang sementara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 Mac, 2018.

Politikus hanya manusia biasa

Namun, ujarnya lagi, politikus tidak perlu terlalu memikirkan dengan terlampau mendalam mengenai beberapa perkara.

“Bila saya mula (jadi Adun), saya terkejut ramai orang melayan saya macam VIP. Tapi kemudiannya saya sedar yang (layanan itu) bukan disebabkan apa yang saya dah lakukan atau dasar yang saya buat. Layanan itu disebabkan pejabat yang saya wakilkan.

“Layanan seperti itu boleh membuat orang keras kepala. Saya kerap ingatkan diri sendiri supaya tidak jadi begitu. Kalau tidak, saya akan sentiasa hidup dalam tempurung dan tidak dapat faham apa yang betul-betul rakyat perlukan.

“Realitinya, politikus hanyalah orang biasa yang secara kebetulan memegang jawatan itu,” kata Yeo yang menegaskan beliau akan sentiasa memperjuangkan kepentingan umum. – 24 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen