Jangan tangguh RUU larangan merokok, kata MMA 


Ravin Palanisamy

PUTRAJAYA seharusnya tidak menangguhkan kelulusan Rang Undang-undang Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 kerana bimbang terkesan pada pilihan raya negeri akan datang, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Presidennya Dr Muruga Raj Rajathurai berkata adalah membimbangkan apabila mendengar khabar angin sebegitu dispekulasi berikutan keputusan Putrajaya untuk sekali lagi merujuk rang undang-undang itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC).

“MMA mendapati ia mengganggu untuk mendengar khabar angin bahawa rang undang-undang itu sengaja ditangguhkan kerana bimbang pakatan pemerintah mungkin kehilangan sokongan, terutamanya dalam kalangan pengundi muda pada pilihan raya akan datang di enam negeri,” kata Muruga Raj.

“Orang ramai juga berteori di media sosial bahawa industri tembakau dan vape boleh memberi tekanan kepada kerajaan untuk menyerah kepada tuntutan mereka terhadap RUU itu.

“Kami percaya dakwaan ini tidak ada kebenarannya, namun kerajaan perlu melakukan lebih banyak lagi untuk membuktikan ia mengutamakan kesihatan semua rakyat Malaysia dengan segera membentangkan Rang Undang-undang untuk diluluskan di Parlimen pada sesi semasa.

“Sebarang kelewatan selanjutnya akan dilihat oleh rakyat sebagai kurangnya keprihatinan kerajaan terhadap isu serius yang menjejaskan kesihatan awam,” tambahnya.

Semalam, keputusan Kementerian Kesihatan merujuk rang undang-undang itu kepada PSSC menimbulkan keraguan jika ia akan diluluskan dalam sidang Parlimen semasa.

Susulan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen awal hari ini bahawa beliau bersedia untuk membuat perbincangan mengenai sebarang keputusan kerajaan asalkan ia memberi manfaat kepada rakyat, MMA menyeru beliau untuk buat apa yang dikatakan.

“Kami merujuk kepada kenyataan perdana menteri di Parlimen hari ini, bahawa beliau akan “flip-flop” keputusan jika ia memberi manfaat kepada rakyat.

“Jadi demi kesihatan rakyat, khususnya kesihatan generasi muda kita, MMA berharap perdana menteri akan flip-flop kali ini dan menyenaraikan semula nikotin di bawah Akta Racun dengan segera,” katanya. – 13 Jun, 2023.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen