Pulau Pinang cadang bubar DUN 28 Jun, kata ketua menteri 


Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata negeri itu akan membubarkan Dewan Undangan Negerinya pada 28 Jun.– Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Jun, 2023.

KETUA Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini berkata negeri itu akan membubarkan Dewan Undangan Negerinya pada 28 Jun untuk membuka laluan kepada pilihan raya.

Chow berkata pihaknya juga akan membuat semua persiapan yang perlu untuk pilihan raya negeri akan datang.

“Kami mencadangkan 28 Jun untuk membubarkan DUN. Kami akan mengatur (perkara) dengan sewajarnya,” katanya kepada pemberita hari ini, lapor NST.

Enam negeri - Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu - ditetapkan untuk mengadakan pilihan raya negeri mereka menjelang Ogos.

Ketua menteri dan menteri besar sebelum ini bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun. – 8 Jun, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen