Bangunan KWSP di Jalan Gasing terbakar lagi


Ini kali kedua bangunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar dalam tempoh lima tahun. Insiden sama berlaku pada Februari 2018. – Gambar Facebook, 22 Mei 2023.

BANGUNAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Gasing, Petaling Jaya terbakar lagi hari ini.

Ini kali kedua bangunan enam tingkat itu terbakar dalam tempoh lima tahun.

Insiden sama berlaku pada Februari 2018.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor dilapor media berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 10.39 pagi tadi dan tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.

“Bangunan terbakar berkenaan hanya melibatkan tingkat 4 dan tingkat 5. Kami berjaya mengawal api pada 11.08 pagi hari ini.

“Alhamdulillah, bangunan KWSP lama itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dipetik Bernama di tempat kejadian hari ini.

Keadaan bngunan KWSP di Jalan Gasing, Petaling Jaya selepas kebakaran pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 22 Mei 2023.

The Edge pada 8 Mei melaporkan berusia 63 tahun itu sedang diubah suai untuk dijadikan kemudahan warga emas, yang dijalankan oleh pemaju Pacific Senior Living Sdn Bhd.

Pacific Senior dilapor telah menandatangani pajakan 30 tahun dengan KWSP. – 22 Mei 2023. 



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen