Pulau Pinang kekal bubar DUN pada Jun, kata ketua menteri 


Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata sepertimana perancangan asal, DUN Pulau Pinang akan dibubar sama ada minggu ketiga atau minggu keempat Jun.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mei, 2023.

PULAU Pinang kekal dengan perancangan asal untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jun ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow. 

Chow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang berkata sepertimana perancangan asal, DUN Pulau Pinang akan dibubar sama ada minggu ketiga atau minggu keempat Jun. 

Sebelum ini, katanya selain Pulau Pinang, lima lagi negeri iaitu Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan telah setuju membubarkan DUN pada dua minggu terakhir bulan Jun. 

“Setiap negeri mempunyai pertimbangan masing-masing dan bergantung kepada acara kerajaan masing-masing,” katanya pada sidang media di George Town hari ini.– Bernama, 19 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen