DEWAN Negara Jerman atau Bundesrat pada Jumaat, sebulat suara meluluskan undang-undang bagi melindungi pemberi maklumat dalam usaha untuk menghentikan rasuah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Langkah itu bertujuan untuk melindungi pemberi maklumat yang mendedahkan salah laku dalam sektor awam dan syarikat swasta daripada dipecat dan diganggu.
Di bawah undang-undang itu, pihak berkuasa dan syarikat perlu menyediakan ruang untuk pemberi maklumat boleh menyampaikan maklumat tentang penipuan, rasuah atau pelanggaran peraturan kebajikan haiwan atau perlindungan alam sekitar.
Sebelum ini draf pertama undang-undang itu diluluskan Dewan Rakyat atau Bundestagf pada lewat tahun lalu tetapi ditangguhkan oleh Bundesrat selepas negeri-negeri yang ditadbir oleh pembangkang mengadu ia akan menimbulkan beban kewangan yang tinggi kepada syarikat kecil. – Bernama, 13 Mei, 2023.
Komen