Raja Charles dalam lawatan 3 hari ke Jerman


Raja Charles III akan memulakan lawatan tiga hari ke Jerman hari ini. – Gambar AFP, 29 Mac, 2023.

RAJA Charles III akan memulakan lawatan tiga hari ke Jerman hari ini.

Ketibaan Raja Charles dan Permaisuri Camilla akan disambut oleh Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier dan Wanita Pertama Elke Buedenbender di Gerbang Brandenburg Berlin dan diikuti acara penghormatan tentera.

Selepas ucapan awal pasangan diraja itu akan bergerak ke kediaman presiden Jerman, Istana Bellevue untuk jamuan rasmi.

Esok Charles dijangka menyampaikan ucapan di Bundestag, parlimen Jerman dan melawat tentera British yang ditempatkan berhampiran Berlin serta bertemu pelarian Ukraine.

Pada Jumaat kerabat diraja itu akan berkunjung ke bandar pelabuhan utara Hamburg untuk melawat projek tenaga boleh baharu serta tugu peringatan Perang Dunia II.

Charles juga dijangka menandatangani Golden Book of Hamburg, yang pernah ditandatanganinya pada 1987 semasa lawatan bersama isterinya ketika itu, Puteri Diana. – Gambar AFP, 29 Mac, 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen