Siapa mengapi-apikan politik kebencian, soal Guan Eng kepada BN


Looi Sue-Chern

KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini membidas Barisan Nasional (BN) yang didakwa memainkan sentimen politik kebencian selepas gesaan menteri besar Negeri Sembilan untuk Pemuda Umno menterbalikan meja di kedai kopi pro-pembangkang. 

Beliau berkata Mohamad Hasan mengapi-apikan kebencian dengan “ancaman keganasannya” itu. 

“Dia dirakamkan dalam sebuah video berkata kepada Pemuda Umno untuk menterbalikkan meja dan dia akan jamin mereka keluar jika ada masalah dengan polis. 

“Seorang menteri besar boleh buat ancaman keganasan sebegitu. Bukankah ini kebencian? Apa yang dikatakannya telah tular di media sosial,” katanya pada sidang media hari ini. 

Mohamad dirakamkan berucap sedemikian dalam satu acara anjuran Umno. 

Menyokong Khairy Jamaluddin, yang merupakan ketua Pemuda Umno dan ahli Parlimen Rembau, mempertahankan kerusinya, beliau memberitahu Pemuda Umno agar membantu Khairy untuk menang dengan selesa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.  

Beliau berkata Pemuda Umno harus memainkan peranaan yang penting dalam parti dan tugas mereka bukan sekadar memacak bendera semata-mata. 

“Jika ada kedai kopi yang jadi sarang fitnah kerajaan, kita gempur kedai kopi itu. Kita terbalikkan meja mereka.

“Jika kamu ditangkap polis, saya akan jamin. Jangan bagi muka pada pembangkang,” katanya sambil disambut sorakan gemuruh penyokongnya. 

“Siapa yang bermain dengan politik kebencian?” kata setiausaha agung DAP itu mengulas kenyataan Mohamad, sambil membangkitkan mengenai tindakan BN Pulau Pinang menaikkan poster menyerang kerajaan negeri semalam. 

Lim membangkitkan video terbabit ketika mengulas mengenai kritikan terhadap tindakannya yang menyanyikan lagu “ABCD-GST” pada pelancaran program tuisyen percuma di Jelutong Sabtu lepas yang turut dihadiri kanak-kanak.  – 21 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen