PENGUNDI perlu mengecam mana-mana ahli Parlimen yang menggunakan kenyataan berbaur perkauman bagi meraih sokongan dalam pilihan raya umum akan datang, kata seorang pesuruhjaya hak asasi manusia.
“Apabila ahli politik membuat ucapan PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) yang mentertawakan Orang Murut, atau India, sebagai contohnya, ‘boo’ ahli politik itu semasa mereka mengatakan sesuatu yang bersifat perkauman,” kata Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Jerald Joseph pada forum di Kuala Lumpur hari ini.
“Sudah tiba masanya rakyat Malaysia meninggalkan (ahli politik) yang bergantung kepada bangsa dan agama (untuk menang),” kata Joseph pada pelancaran Laporan Diskriminasi Kaum Malaysia 2017 oleh Pusat Komas.
Jerald berkata beliau menyaksikan pengundi membenarkan polarisasi perkauman pada program politik.
“Kadang kala saya melihat ceramah, apabila terdapat jenaka perkauman, orang bertepuk tangan.”
Jerald berkata Suhakam akan memainkan peranannya dalam pilihan raya akan datang dengan mendesak calon mengendalikan diri mereka secara secara profesional dan berhati-hati dengan hak asasi manusia.
“Semua calon semua parti, walaupun anda berasa tidak boleh menang, jangan gunakan taktik terdesak dengan memainkan isu bangsa dan agama.
“Saya menggesa ahli politik, demi masa depan Malaysia, tidak melakukannya kerana apa yang anda lakukan mempunyai impak jangka panjang dan boleh mewujudkan kebiasaan yang sangat berbahaya,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas forum. – 21 Mac, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan
Pendapat Suhakam ini, secara tersirat, menunjukkan bahawa suhakam seolah olah percaya bahawa1) , pengundi di malaysia ini semuanya buta warna, dan hanya ahli parlimen - ahli parlimen malaysia sahaja yang mengamalkan politik perkauman dan 2) ahli parlimen malaysia tidak boleh menyuarakan sentimen berbaur perkauman, walaupun sentimen berbaur perkauman adalah sentimen pengundi mereka.
Tugas ahli parlimen dalam sebuah negara yang demokratik adalah untuk memahami dan menyuarakan sentimen pengundi mereka di parlimen, bukan untuk mengajar pengundi mereka tentang apa itu betul dan apa it salah mengikut pandangan suhakam atau mana mana organisasi lain. Kalau sentimen pengundi sudah berbaur perkauman, bukankah mengugut ahli parlimen agar tidak menyuarakan sentimen pengundi mereka , seolah olah menghalang sistem demokrasi daripada diamalkan di malaysia?
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Nehru Sathiamoorthy · Ulasan