Kerajaan komited jamin kebebasan, media terbuka, kata Anwar


Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited menjamin aspek kebebasan dan keterbukaan media selain memastikan proses semak dan imbang terus subur dan berfungsi dengan baik. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 1 Mei, 2023.

KERAJAAN komited menjamin aspek kebebasan dan keterbukaan media selain memastikan proses semak dan imbang terus subur dan berfungsi dengan baik, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter hari ini mengulas kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022 dikeluarkan oleh Reporters Without Borders (RSF).

Kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya, di kedudukan 119 (60.53 mata).

Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di Asean, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176). – Bernama, 1 Mei, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen