DAP fail usul bahas sekatan pada soalan berkait MDB 


Muzliza Mustafa

Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia sebelum ini menolak usul tergempar berkaitan kapal mewah The Equinimity yang berkaitan dengan 1MDB.– Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mac, 2018. 

BERTEGAS mahu isu 1MDB dibahaskan di Parlimen, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham hari ini memfailkan usul untuk membahaskan keputusan spekaer yang tidak membenarkan soalan dan usul berkaitan syarikat pelaburan negara itu. 

Beliau mahu semua ahli Dewan untuk berbahas sekiranya tindakan speaker membuat keputusan itu adalah betul bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap Parlimen. 

“Saya mahu perkara ini dibahaskan dan Parlimen perlu membuat keputusan yang mana ia merupakan cara yang paling baik untuk memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap Parlimen. Saya menangguhkan apa yang diputuskan oleh speaker untuk tidak membenarkan sebarang usul dan tidak benarkan sebarang soalan,” kata Ngeh. 

Tambahnya satu lagi usul turut difailkan bagi meminta Speaker Pandikar Amin Mulia menarik balik surat amaran yang diberikan kepada tiga ahli Parlimen DAP pada 13 Mac lalu. 

Minggu lalu, Pandikar Amin Mulia meminta tiga ahli Parlimen DAP membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mereka yang mendakwa beliau kolusi dalam menutup skandal rasuah. 

Katanya, tiga ahli Parlimen berkenaan, Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Batu Gajah), telah menghina dan mencemar nama baik Dewan dengan tuduhan itu, termasuk memintanya meletakkan jawatan kerana gagal menegakkan kebenaran sebagai speaker.

“Saya beri peluang peluang kepada kamu untuk membuat permohonan maaf di Dewan kerana tuduhan yang dibuat terhadap speaker. 

“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tindakan akan diambil terhadap Yang Berhormat,” katanya dalam surat kepada ahli Parlimen berkenaan.   

Dalam satu kenyataan bersama minggu lalu, tiga ahli Parlimen terbabit berkata Pandikar tidak sepatutnya menjadi rakan sejenayah dalam menutup skandal rasuah, dan harus meletak jawatan secara terhormat jika dia gagal menegakkan kebenaran.

Mereka mendesaknya untuk meletakkan jawatan selepas beliau menolak usul tergempat berkenaan kapal layar The Equinimity dan soalan yang berkaitan dengan 1MDB. 

Nga berkata, usul itu akan difailkan pada Isnin (hari ini), dan speaker perlu menyerahkan kepada Dewan untuk menentukan perkara itu. 

“Kita perlu bersuara tanpa perlu takut dan memihak kerana kita perlu mencari kebenaran. Kami sanggup korbankan diri sendiri demi untuk menegakkan keadilan dan mempertahanan keyakinan. 

“Ia bukan berkenaan mohon maaf, ia adalah tentang integriti dan fungsi Dewan,” katanya. – 19 Mac, 2018. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Tak perlu nak tegakkan benang yang basah. Pandikar cakap apa yang betul. Dah betul 1MDB tiada penyelewengan. Buat apa nak jatuhkan hukum.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan