Mogok doktor tak dapat sambutan kerana tidak dirancang dengan baik, kata kumpulan


Ravin Palanisamy

Pada dua tahun lalu, Hartal Doktor Kontrak menganjurkan mogok sebagai tanda protes terhadap nasib doktor kontrak di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 April, 2023.

BANTAHAN ‘Black Monday’ oleh Mogok Doktor Malaysia yang tidak mendapat sambutan akan mendapat sokongan lebih baik daripada doktor kontrak jika ia dirancang dengan baik, kata pergerakan doktor kontrak lain.

Mengakui kumpulan yang baru ditubuhkan itu sebenarnya mencapai misinya sedikit sebanyak melalui mogok yang belum selesai, jurucakap Hartal Doktor Kontrak (HDK) berkata perancangan dan masa yang tidak sesuai menyebabkan kurang mendapat sambutan dalam kalangan doktor kontrak.

“Baru-baru ini kira-kira 7,000 doktor kontrak pergi temuduga untuk mengisi kira-kira 4,000 jawatan tetap.

“Mereka pasti tidak akan menyertai mogok sedemikian memandangkan ia akan menjejaskan peluang mereka untuk diserap,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Hartal Doktor Kontrak yang mengadakan mogok di seluruh negara pada 26 Julai 2021 tidak mengambil bahagian dalam mogok terbaharu itu walaupun menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan berhubung nasib yang dihadapi oleh doktor kontrak.

Minggu lalu kumpulan Mogok Doktor Malaysia menggesa kakitangan kontrak untuk menunjukkan solidariti dengan sama ada mengambil cuti kecemasan atau cuti sakit dari 3 hingga 5 April bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sistem dan gaji yang rendah.

Ia memberi amaran kepada orang ramai untuk menjangkakan masa menunggu yang lebih lama di klinik dan hospital kesihatan awam dalam tempoh waktu berkenaan.

Kumpulan itu menuntut semua pegawai perubatan kontrak diserap ke jawatan tetap tanpa sebarang syarat atau temu duga; kenaikan gaji pokok; elaun tugas atas panggilan lebih tinggi; penyelesaian kepada kekurangan pakar, pegawai perubatan dan pegawai kontrak; dan pengurangan automatik dalam tempoh perkhidmatan wajib bagi pegawai perubatan kepada tiga tahun.

Pada Selasa, kumpulan itu dilihat menyahaktifkan akaun Instagram yang mempunyai 15,000 pengikutnya pada hari kedua protes.

Bagaimanapun tiada alasan diberikan kenapa akaun Instagram itu dinyahaktifkan.

Beberapa doktor kontrak yang bercakap dengan The Malaysian Insight sebelum mogok itu mengambil keputusan untuk tidak mengambil bahagian dalam protes itu.

Kumpulan itu mendakwa kira-kira 3,000 doktor kontrak mengambil bahagian dalam mogok itu berbanding sasaran awal 8,000.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen