Pertubuhan gesa majlis agama henti ganggu wanita kes tukar agama sepihak


Ravin Palanisamy

Pengerusi Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia Arun Dorasamy berkata wanita tersebut antara 14 plaintif yang memfailkan permohonan untuk membatalkan undang-undang membenarkan penukaran agama secara sepihak di lapan negeri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Mac 2023.

SEBUAH pertubuhan Hindu menyelar Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi kerana “mengganggu” seorang wanita yang memohon mahkamah membatalkan penukaran agamanya secara sepihak semasa beliau masih kecil.

Wanita berusia 25 tahun itu mendakwa pegawai pihak berkuasa agama memarahi dan melanggar privasinya ketika berada di rumah serta mengambil gambar beliau dan tiga anaknya tanpa kebenaran, kata Pertubuhan Hindu Agamam Ani Malaysia.

Pengerusinya Arun Dorasamy berkata wanita tersebut antara 14 plaintif yang memfailkan permohonan untuk membatalkan undang-undang membenarkan penukaran agama secara sepihak di lapan negeri.

“Wanita ini adalah manga penukaran agama secara sepihak dan sedang mencari jalan penyelesaian. Dia tidak menganut agama Islam tetapi Hindu,” kata Arun pada sidang media hari ini.

Menurut beliau, wanita berkenaan itu sebelum ini telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap beberapa pihak berkuasa agama Islam negeri berkait penukaran agamanya.

“Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi melanggar privasi wanita ini dengan mengambil gambar beliau dan tiga anaknya yang masih kecil dan menceroboh rumahnya.

“Majlis Agama Islam Daerah Kota Tinggi menghina mahkamah dan mereka sepatutnya mencabar tuntutan di mahkamah, bukan mengganggu, menakut-nakutkan serta mengancam plaintif,” kata Arun. 

Beliau berkata pihaknya akan memfailkan usul menghina mahkamah Isnin depan. – 30 Mac 2023. 

Berita penuh di sini


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen