Umno mahu lawan, tapi sasaran kecil saja di Pulau Pinang


Looi Sue-Chern

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Zainal Abidin Osman yakin Umno akan mendapat lima kerusi iaitu Sungai Bakap, Penanti, Permatang Pasir, Seberang Jaya dan Batu Maung kerana PAS akan menjadi pengacau dalam pilihan raya akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Mac, 2018.

UMNO mungkin tidak mampu menguasai semula Pulau Pinang namun parti itu yakin dapat merampas sekurang-kurangnya lima kerusi negeri dan dua kerusi Parlimen.

Lima kerusi negeri tersebut adalah Sungai Bakap, Penanti, Permatang Pasir, Seberang Jaya dan Batu Maung, dan dua kerusi Parlimen tersebut adalah Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

Umno negeri itu juga akan berusaha mengekalkan 10 kerusi negeri, yang hanya berjumlah seperempat dari kesemua 40 kerusi.

Parti dalam Pakatan Harapan, DAP dan PKR masing-masing menguasai 19 dan 10 kerusi, dan selebihnya PAS satu kerusi.

Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Zainal Abidin Osman berkata parti tersebut bekerja keras untuk merampas semula kerusi yang jatuh ke parti lawan dengan meneruskan khidmat kepada pengundi melalui program kebajikan.

Beliau yakin Umno akan mendapat lima kerusi tersebut kerana PAS akan menjadi pengacau dalam pilihan raya akan datang.

“Blok pembangkang kini berpecah. PAS bukan lagi dalam pakatan (PH). Pengundi pembangkang akan berbelah bahagi untuk memilih PAS atau Amanah,” katanya.

Beliau merujuk kepada parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh bekas ahli Islam tersebut yang memilih untuk meneruskan kerjasama dalam PH.

“Kami menjangka PAS akan bertanding di kesemua kerusi yang ditandingi Umno. Jadi dalam pertandingan tiga penjuru untuk kerusi yang dikuasai (PH), Umno-BN mungkin ada sedikit kelebihan

“Sebelum ini, PKR menang sebahagian besarnya atas sokongan PAS. Tapi sekarang, tidak lagi. Jadi Umno optimis untuk menguasai se.ila kerusi tersebut. PKR mungkin hamya mendapat kelebihan di kerusi yang ramai bukan Melayu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada masa ini, Umno menguasai tiga kerusi parlimen di Pulau Pinang – Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau. 

Beberapa pemimpin BN di peringkat nasional sudahpun menamakan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow sebagai calon ketua menteri mereka.  – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Mac, 2018.

PAS pula masih belum mendedahkan jumlah kerusi parlimen yang ingin ditandinginya, kecuali kerusi Permatang Pauh yang dipegang oleh PKR. Parti Islam itu dilaporkan ingin bertanding di 20 kerusi negeri.

Walau prestasinya bertambah baik, Umno mengakui sukar untuk merampas semula Pulau Pinang. Gabung parti PH menguasai tiga perempat dari kerusi negeri. Rakan Umno dalam BN—Gerakan, MCA dan MIC gagal menguasai semula kerusi berkenaan sejak pilihan raya 2008.

Beberapa pemimpin BN di peringkat nasional sudahpun menamakan Pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow sebagai calon ketua menteri mereka.

Pada hari Ahad lalu, Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan Ketua Menteri Lim Guan Eng menyuarakan amaran agar tidak memandang rendah BN dan mengambil mudah peluang PH untuk mengekalkan negeri itu untuk penggal ketiga.

DAP akan mempertahankan kesemua 19 kerusi negerinya manakala PKR akan cuba meraih empat lagi kerusi, di samping mengekalkan 10 kerusi sedia ada. 

Rakan mereka dalam PH, Bersatu pula akan bertanding di empat kerusi Umno manakal Amanah akan beradu di dua kerusi Umno dan di kerusi tunggal PAS, Permatang Pasir.

Pemerhati Umno, Azizi Safar berkata Lim dan Chow kini melancarkan perang perang psikologi kerana bimbang akan hilang undi popular di Pulau Pinang, yang akan memberi keaiban besar. 

Aziz yang merupakan bekas setiausaha eksekutif BN negeri mendakwa, PH mungkin terjejas akibat undi protes atau undi rosak dari pengundi muda dan bukan Melayu.

Beliau membangkitkan mengenai janji kerajaan negeri yang menurutnya tidak ditunaikan, dengan memberi contoh, isu pembangunan dan alam sekitar seperti banjir lumpur, penggondolan bukit, tanah runtuh dan kesesakan lalulintas. 

Tambahnya, rakyat di negeri itu juga tidak berpuas hati dengan jualan tanah negeri dan hartanah warisan kepada pemaju luar negara, selain kebimbangan berhubung projek tambakan laut besar-besaran.

Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP dan timbalan presiden PH antara lain disifatkan oleh lawannya sebagai bongkak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Mac, 2018.

Katanya, kerajaan pimpinan Lim tidak banyak melaksanakan reformasi institusi dalam masa 10 tahun lalu.

“Berlaku juga kronisme dalam kerajaan negeri, dengan pemimpin DAP dari luar Pulau Pinang diberikan jawatan dalam syarikat dan agensi berkaitan kerajaan.”

“Tiada dasar ekonomi atau program yang jelas untuk merangsang ekonomi Pulau Pinang. Apa yang jadi pada Penang Parading yang dia sering sebut sebelum pilihan raua umum 2013?” soalnya.

Isu lain yang mungkin menjejaskan PH termasuk dakwaan rasuah ke ata Lim berhubung pembelian banglo do Jalan Pinhorn dan juga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang masih berlanjutam ke atas projek lebuhraya dan terowong bawah laut.

“Lim juga dilihat memegang kuasa mutlah. Dia dilihat bersifat diktator dan ada masanya kasar.”

Lim, yang juga setiausaha agung DAP dan timbalan presiden PH antara lain disifatkan oleh lawannya sebagai bongkak.

Beliau juga dikenali kritikan pedas terhadap lawannya itu.

Menurut Azizi, mungkin ada juga penyokong PH yang jelak dengan perebutan kerusi antara gabungan parti tersebut, dan ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang memimpin pakatan berkenaan. – 16 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • BN TIDAK TABUR JANJI KOSONG. tu beza nye parti pembangkang dengan parti lawan. harap rakyat negara ni dapat beri penilaian yang sebaik mungkin masa PRU14 kelak.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan