Tuntutan Pandikar supaya ahli Parlimen mohon maaf langgar Perlembagaan


Melati A. Jalil

Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran berkata tiada peruntukan dalam undang-undang tentang kritikan terhadap Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia dianggap hina Parlimen. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Mac, 2018.

SPEAKER Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia melanggar Perlembagaan Persekutuan apabila mengeluarkan notis meminta tiga ahli Parlimen daripada DAP memohon maaf secara terbuka kepadanya kerana didakwa menghinanya, kata N Surendran daripada PKR.

Ahli Parlimen Padang Serai itu berkata notis dikeluarkan Pandikar terang-terangan melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan kerana itu terbatal dan tidak sah.

Katanya, Parlimen mengenakan beberapa sekatan menerusi Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan Seksyen 9 Akta itu menggariskan 14 jenis kesalahan menghina Parlimen.

“Bagaimanapun, penghinaan atau kritikan kepada Speaker tidak terletak di bawah Seksyen 9. Tiada kesalahan (berkaitan menghina atau mengkritik Speaker) diperuntukkan akta itu.

“Dan kerana itu, kenyataan dibuat oleh tiga ahli Parlimen itu tidak boleh dianggap sebaga menghina, kerana kritikan atau ‘penghinaan’ Speaker tidak terdapat dalam kategori penghinaan di bawah Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam surat bertarikh 13 Mac, Pandikar mendesak Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V. Sivakumar (Baru Gajah) meminta maaf secara terbuka di Dewan Rakyat susulah kenyataan mereka menuduhnya bersubahat menutup skandal korupsi. – 15 Mac, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Pundekar bila mau saman?

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan