_(1).jpg)
SEMUA mata bakal tertumpu kepada Menteri Kewangan Anwar Ibrahim petang ini, apabila selepas 26 tahun, beliau kembali ke Dewan Rakyat untuk membentangkan ucapan Belanjawan 2023.
Kali terakhir Anwar menyampaikan belanjawan ialah pada 1997 ketika beliau membentangkan belanjawan untuk 1998, berjumlah RM64 bilion.
Kini 2023, Anwar yang juga perdana menteri akan membentangkan semula Belanjawan 2023, susulan penubuhan kerajaan perpaduan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pada 7 Oktober, 2022 menteri kewangan pada masa itu, Tengku Zafrul Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2023 bernilai RM372.3 bilion, peruntukan terbesar dalam sejarah negara ini.
Tiga hari kemudian, pada 10 Oktober, Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan untuk PRU15 pada 19 November.
Susulan pelantikan Anwar sebagai menteri kewangan, Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Belanjawan Mini 2023 dan Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022, pada 20 Disember.
Bagi belanjawan penuh, Anwar berkata kerajaan kekal komited untuk memastikan bantuan tunai langsung akan terus disalurkan kepada kumpulan sasaran bagi membantu dalam kos sara hidup yang meningkat.
Beliau berkata kerajaan prihatin dengan kebajikan setiap lapisan masyarakat, terutama kumpulan B40.
Ahli Parlimen Tambun itu berkata bagi 2022, kerajaan menyalurkan RM8 bilion bagi pelaksanaan bantuan tunai langsung kepada 8.7 juta penerima bertujuan untuk meringankan beban kewangan ditanggung rakyat pasca pandemik.
Berikut intipati Belanjawan 2023:
* Anwar mengumumkan Belanjawan 2023 berjumlah RM386.14 bilion, meningkat dari RM372.3 bilion yang dibentangkan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob pada Oktober 2022.
* Sebanyak RM332.1 bilion diperuntukkan bagi Belanjawan 2021.
* Kerajaan bercadang perkenal Cukai Barangan Mewah dengan had tertentu mengikut jenis seperti fesyen mewah, jam tangan mewah. Segala-gala yang mewah akan dicukai.
* Kerajaan akan perkenal Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.
* Industri vape yang dianggar bernilai lebih RM2 bilion akan dikenakan duti eksais. Kerajaan juga sokong dasar generasi penamat rokok. 50% hasil cukuai akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tingkat kualiti kempen anti rokok dan arak.
* Kadar cukai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke atas pendapatan bercukai bagi RM150 ribu pertama dikurangkan daripada 17% kepada 15% peratus. Penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap 150 ribu pembayar cukai PMKS.

* RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf melibat 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.
* RM176 juta bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan antaranya di bawah MARA, DBKL, PUNB dan UDA.
* Dana RM1.7 biliob bagi pinjaman usahawan mikro dan penjaja kecil disediakan kemudahan
pinjaman di bawah agensi seperti Bank Negara Malaysia, BSN dan Tekun.
* Hampir RM10 bilion dana pinjaman disediakan oleh Bank Negara bagi meringanak beban kewangan PKS dan menyokong pengembangan perniagaan.
* Jaminan RM20 bilion untuk jaminan PKS melalui Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
* Enam projek tebatan banjir akan ditawarkan semula secara tender Ini akan menjimatkan RM2 bilion dari RM15 bilion bagi projek diperuntukkan sebelum ini. Peruntukan terdahulu sudah dibatalkan dan kini dalam siasatan SPRM:
- Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Johor, Kota Tinggi, Johor
- Pembinaan kolam takungan dwifungsi bagi tebatan banjir dan
sumber bekalan air mentah di Sungai Rasau dan Sungai Klang,
Selangor
- Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok
Fasa 3, Kelantan.
* Persediaan bencana: RM150 juta untuk NADMA untuk keperluan aset, sistem amaran dan bantuan bencana kepada rakyat yang terkesan. RM50 juta untuk ATM, Bomba dan Rela. RM20 juta bawah Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti untuk manfaat 2,000 persatuan penduduk.
* RM150 juta Peruntukan Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity
Conservation (EFT) kepada Kerajaan Negeri untuk pewartaan
kawasan perlindungan baharu termasuk habitat harimau dan
mempergiat penanaman semula pokok di kawasan terosot.
* RM38 juta ringgit turut disediakan bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta
habitat hutan.
* Kerajaan akan tambah 1,000 renjer untuk mengawal khazanah negara. Usaha ini akan utamakan Orang Asli, veteran tentera dan polis melibatkan dana RM50 juta.
* Tun Razak Exchange (TRX) dimandatkan sebagai hab kewangan antarabangsa Malaysia. TRX perlu berusaha menarik industri kewangan global supaya berupaya menjadi destinasi utama
pelaburan asing berkualiti tinggi yang boleh memperkukuh ekosistem perniagaan di Malaysia.

* Memperkukuh pembangunan Iskandar Malaysia di Johor melalui pewujudan zon khas kewangan
dengan pakej imbuhan yang berdaya saing.
* Kerajaan tidak pertimbang pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim yang menelan kos RM7 bilion. Sebaliknya, usaha disalurkan untuk memperbesarkan lapangan terbang antarabangsa Subang dan Pulau Pinang melibatkan kos lebih rendah.
* Kerjaan menyokong projek pembangunan Pelabuhan Sanglang di Perlis bagi mengendalikan kargo petroleum dan kargo pukal yang akan memberi nilai tambah kepada ekonomi negeri.
* Kerajaan mendukung cadangan pembangunan pelabuhan utama di Pulau Carey oleh pihak swasta.
* Bermula 2024, aset simpanan syariah KSWP akan diasingkan sepenuhnya bagi memberi
pulangan yang kompetitif kepada 1.25 juta ahli yang memiliki akaun syariah.
* Kerajaan akan tanggung bayaran ujian memandu untuk pemandu penghantar makanan dan e-hailing.
* Kerajaan terima komitmen swasta untuk mewujudkan Wakaf Madani dengan aset bernilai lebih RM1 bilion. Aset yang terdiri daripada tanah, masjid, bangunan, kemudahan kesihatan dan pendidikan akan dioptimumkan bagi manfaat fakir miskin, berpendapatan rendah dan golongan rentan lain.
* Akta Perolehan Kerajaan akan dibentangkan segera manakala Akta Perlindungan Pemberi
Maklumat akan dipinda bagi melindungi pemberi maklumat untuk membanteras rasuah.
* 400 klinik daif dan 380 sekolah daif akan dibaiki segera dengan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion ringgit.
* RM2.7 bilion untuk selenggara dan naik taraf jalan persekutuan. RM300 juta khusus bagi projek kontraktor G1 hingga G4 untuk selenggara asas. RM1.5 bilion untuk naik taraf dan bina jalan baharu, RM50 juta untuk pemasangan lampu jalan di kawasan berisiko kemalangan, RM4.2 bilion bawah MARRIS untuk selenggara jalan negeri.

* Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) ditubuhkan untuk adaptasi teknologi bagi kurangkan karenah birokrasi.
* Sebanyak RM3 bilion dapat diselamatkan dari projek bawah Jana Wibawa yang dibatalkan dan ditender semula.
* RM10 juta geran operasi bagi mengukuhkan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC). Bank Negara akan kuatkuasa kill switch bagi pengguna beku akaun termasuk kad ATM jika ada aktiviti mencurigakan.
* Seramai 130,000 rakyat akan dapat dilepaskan daripada status muflis.
* Skim Buy Now Pay Later perlu kawalan bagi lindungi hak pengguna. Kerajaan akan menggubal Akta Kredit Pengguna serta menubuhkan Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna bagi mengawal selia perniagaan kredit, dijangka dibentangkan tahun ini.
* Saraan bagui badan berkanun yang mandiri akan dibebaskan sepenuhnya atau diasingkan bagi mengurangkan pegantungan kepada kerajaan.
* Kerajaan akan semak semula pakej saraan ketua eksekutif dan pengurusan tertinggi syarikat dan badan berkanun pada kadar yang lebih munasabah.
* Kerajaan bercadang struktur semula institusi yang memperkasa pegangan pelaburan bumiputera dengan menggabungkan Yayasan Pelaburan Bumiputra, Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera serta Yayasan Ekuiti Nasional dalam tempoh terdekat.
* Kerajaan teliti keperluan menstruktur semula semua agensi yang mengawal selia dan menyelaras ekosistem syarikat pemula dan inovasi untuk diselaras dengan lebih efektif usaha membangunkan syarikat pemula tempatan dari peringkat permulaan hingga berjaya disenarai di Bursa Malaysia.
* Agensi seperti Tabung Haji, Felda dan Felcra hendaklah kembali mengutamakan fungsi asal penubuhan mereka. Syarikat subsidiari yang merugikan dan tidak selari dengan fungsi penubuhan seperti syarikat ejen pelancongan, pengawal keselamatan dan teknologi maklumat diteliti untuk ditutup. Kerajaan melarang syarikat dan badan berkanun persekutuan untuk meneruskan amalan ini.
* Syarikat peneraju ini ambil alih sebahagian atau sepenuhnya operasi institusi TVET seperti kolej komuniti, institut latihan kemahiran awam (ILA) dan institut kemahiran belia negara (IKBN) bagi menyediakan program latihan yang memenuhi keperluan mereka.
* Dana RM50 juta ringgit geran sepadan untuk menggalakkan automasi sektor perladangan melalui
penggunaan robotik dan kecerdasan buatan.
* RM15 juta untuk pemutihan taskan dan pusat jagaan kanak-kanak bagi membolehkan wanita kembali ke pasaran kerja. Kakitangan kerajaan pendapatan RM7,000 layak dapat subsidi yuran taska RM180 sebulan.
* Seramai 130,000 rakyat akan dikeluarkan dari kemiskinan tegar. Sebanyak RM750 juta disalurkan melalui pelbagai kementerian.
* RM100 juta ringgit disediakan di bawah Skim Geran Pendigitalan PKS dan penjaja kecil. Geran sehingga RM5,000 ringgit kepada PKS yang melanggan aplikasi pendigitalan perniagaan seperti sistem jualan POS, perakaunan atau pengurusan inventori. RM1 bilion bagi PMKS automasi proses perniagaan.
* GLC antaranya Khazanah dan KWSP akan melabur dalam syarikat-syarikat pemula tempatan
yang inovatif dan berpertumbuhan tinggi dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion.
*Isi rumah pendapatan kurang 2,500 ringgit, layak terima Sumbangan Tunai Rahmah sehingga 2,500 ringgit bergantung kepada bilangan
anak.
* Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.
* Keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100 ringgit.
* Seramai 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun ditawarkankredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 ringgit dengan peruntukan RM400 juta.
* Bayaran wang ehsan minyak kepada Kelantan dan Terengganu akan dibayar secara terus.
* RM200 sumbangan tunai sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 ribu pesawah dengan peruntukan RM228 juta.
* Sumbangan musim tengkujuh pengusaha getah naik dari RM600 kepada RM800 ringgit untuk tempoh empat bulan.
* RM50 juta untuk menggunakan Cuplump Modified Bitumin (CMB) bagi penyelenggaraan jalan.
* Bernas setuju sumbang 30% keuntungan bersih kepada pesawah padi daripada import beras berjumlah RM60 juta.
* Paras Harga Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan dari RM2.50 kepada RM2.70 dengan peruntukan RM350 juta.
* Felda, Felcra, Risda dan agensi bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
akan suuburkan tanah-tanah terbiar milik mereka dengan keluasan sehingga 800 ekar untuk projek tanaman makanan.
* RM30 juta ringgit untuk kerjasama dengan beberapa Kerajaan negeri bagi
melaksanakan projek agromakanan.
* RM50 juta bagi Kembara Perpaduan Madani, RM20 juta untuk gotong-royong di semua sekolah dan RM50 juta untuk selenggara rumah ibadat bukan Islam seluruh negara.
* Golongan M40 akan nikmati pengurangan cukai pendapatan 2% melibatkan banjaran RM35,000 hingga RM100,000. Ia akan beri pendapatan tambahan sehingga RM1,300 sebulan kepada 2.4 juta warga.
* Cukai pendapatan dinaikkan antara 0.5% hingga 2% bagi bagi golongan dalam banjaran pendapatan lebih RM100,000 hingga RM1 juta.
*Sabah dan Sarawak terima peruntukan pembangunan paling besar, masing-masing RM6.5
bilion dan RM5.6 bilion.
* Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat peruntukan RM18.5 bilio, Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM17.7 bilion.
* Kementerian Pendidikan akan terus menerima peruntukan tertinggi iaitu sebanyak RM55.2 bilion berbanding RM52.6 bilion tahun 2022.
* RM1.5 bilion peruntukan berkaitan agama Islam. Kerajaan antara lain akan naikkan elaun bagi 35,000 guru Kafa kepada RM1,100 ringgit dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.
* Sumbangan khas RM600 kepada 70,000 imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru Kafa dan guru takmir melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.
* Projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dikaji semula untuk mencapai penjimatan sekurang-kurangnya bawah RM45 bilion sebelum dapat dilaksanakan. Kos asal projek ini dianggarkan RM68 bilion, perolehan dimulakan dengan kos RM50 bilion.
* RM3 bilion bagi lantikan baharu secara tetap dan kontrak lebih 1,500 pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi. Ini antara tambahan bagi jumlah RM36.3 bilion berbanding RM32.4 bilion tahun lalu bagi Kementerian Kesihatan.
* Kerajaan akan tambah caruman RM500 kepada ahli KWSP berusia antara 40 hingga 54 tahun yang mempunyai simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1. Program ini akan manfaat hampir 2 juta ahli melibatkan peruntukan hampir RM1 bilion.
* Bantuan khas Aidilfitri RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak, selain RM350 kepada pesara.
Komen