AHLI Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ketua penerangan Bersatu berikutan tuduhan rasuahnya baru-baru ini.
Wan Saiful berkata beliau telah menyatakan hasratnya kepada presiden parti Muhyiddin Yassin serta Majlis Pimpinan Tertinggi.
“Saya telah meminta presiden parti dan Majlis Tertinggi untuk menggantikan saya dengan seseorang yang layak sebagai ketua penerangan.
“Saya sudah maklumkan keputusan saya kepada presiden dan setiausaha agung (Hamzah Zainudin), tetapi saya akan biarkan parti membuat keputusan muktamad,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Lelaki berusia 48 tahun itu berkata beliau akan bertemu Muhyiddin lewat hari ini untuk membincangkan langkah seterusnya.
Semalam, Wan Saiful minta dibicarakan atas pertuduhan menerima hampir RM7 juta wang sogokan berhubung program bantuan Jana Wibawa.
Beliau didakwa meminta rasuah RM232 juta berhubung program yang sama untuk membantu kontraktor Bumiputera berkedudukan tinggi yang terjejas akibat wabak itu.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Kesalahan itu boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.Wan Saiful mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan Hakim Azura Alwi.
Beliau juga berkata bahawa tuduhan terhadapnya adalah tidak wajar.– 22 Februari, 2023.
Komen