BEKAS pengerusi Felda Isa Samad tidak menafikan bahawa beliau menandatangani surat wakil kuasa untuk memindahkan hak milik tanah lembaga itu di Jalan Semarak.
Beliau mengakui perkara itu ketika diminta untuk mengulas penjelasan kerajaan bahawa dokumen berkenaan ditandatangani seorang bekas pengerusi dan bekas pengurus besar Felda.
“Kalau (timbalan) menteri cakap begitu, itulah takkan (timbalan) menteri cakap tak betul pula,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diminta mengesahkan bahawa beliau merupakan bekas pengerusi Felda yang menandatanganinya.
Isa menjadi pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017 dan turut mempengerusikan unit perladangan lembaga tersebut, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai Januari 2011 hingga Jun tahun lalu.
Selain itu, beliau juga mempengerusikan syarikat pelaburan Felda, Felda Investment Corporation sejak ditubuhkan pada Julai 2013 hingga 2017.
Razali mengumumkan perkara tersebut ketika menjawab soalan seorang ahli Parlimen PKR Fauzi Abdul Rahman di Dewan Rakyat.
Razali juga berkata pendedahan maklumat itu tidak bertujuan untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak.
Tambahnya, kes tersebut masih lagi dalam siasatan audit forensik dan terdapat banyak syor serta penemuan yang didapati dalam siasatan tersebut.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, sebanyak 240 dokumen telah diambil untuk siasatan, termasuk minit mesyuarat lembaga pengarah.
Minggu lalu, Felda mengesahkan telah mendapat kembali kesemua 16 lot tanah Jalan Semarak di Kuala Lumpur yang sebelum ini bertukar tangan kepada syarikat Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB). – 12 Mac, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan