KKM lapor 10 kematian Covid-19


Ravin Palanisamy

Seramai 78 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Disember, 2022.

SEBANYAK 10 kematian akibat jangkitan Covid-19 direkodkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 36,736 orang, menurut Kementerian Kesihatan.

Berdasarkan data di laman web KKMNow, empat kematian dicatat di Kedah semalam, diikuti Pulau Pinang (3), Perak (2) dan Sabah (1).

Semalam juga sebanyak 687 kes baharu Covid-19 dilaporkan, angka harian terendah sejak 3 Mei, yang ketika itu 922 kes direkodkan.

Kes aktif kini berjumlah 18,721, dengan 17,408 individu positif Covid-19 menjalani kuarantin di rumah, manakala 1,235 orang dirawat di hospital.

Seramai 78 pesakit Covid-19 ditempatkan di unit rawatan rapi. Daripada jumlah itu, 50 orang memerlukan alat bantuan pernafasan. – 12 Disember, 2022. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen