Jumlah kes Covid-19 menurun ke 867


Jumlah kes harian Covid-19 tertinggi direkodkan ialah 5,685 pada 20 Julai, dan kemudian 5,330 pada 3 Ogos.– Gambar fail The Malaysian Insight, 11 Disember, 2022.

MALAYSIA merekodkan 867 kes baharu Covid-19 hari ini, yang merupakan jumlah harian terendah sejak kali terakhir mencecah 922 kes pada 3 Mei, menurut data Kementerian Kesihatan.

Pada masa ini, jumlah kes harian tertinggi direkodkan ialah 5,685 pada 20 Julai, dan kemudian 5,330 pada 3 Ogos.

Bagi minggu ini, purata kes harian ialah 1,562.

Jumlah kumulatif kes terkini ialah 5,010,634.

Dari segi negeri, bilangan kes harian adalah seperti berikut: Selangor (262), Kuala Lumpur (62), Sabah (56), Johor (26), Sarawak (61), Kedah (58), Pulau Pinang (72), Kelantan ( 27), Perak (55), Negeri Sembilan (62), Pahang (30), Melaka (57), Terengganu (27), Putrajaya (5), Labuan (1) dan Perlis (6). – 11 Disember, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen