PEMIMPIN Majlis Tertinggi Umno Abdul Azeez Rahim mengambil tindakan mahkamah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atas tuduhan fitnah, kerana membabitkan dirinya dalam tuduhan rasuah berhubung projek lebuh raya dan terowong dasar laut.
Bermula semalam, Azeez telah memberikan Lim empat hari supaya meminta maaf atas tuduhan memetik namanya berhubung skandal projek itu.
Justeru Lim mempersoalkan kenapa beliau perlu meminta maaf.
“Mereka patut ambil tindakan terhadap pihak yang memberikan notis tuntutan kepadanya.
“Saya cuma merujuk kepada (surat) itu. Saya hanya menyoal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (apa pelan tindakan mereka terhadap Azeez), bukan dia,” kata Lim kepada pemberita di pejabatnya di Komtar, Pulau Pinang.
Minggu lalu, Azeez dikaitkan dengan projek mega apabila Malaysiakini memetik dari cumber mereka yang berkata, kontraktor projek itu iaitu Consortium Zenith Construction Sdn Bhd telah memberikan notis tuntutan terhadap Azeez kerana gagal menyediakan perkhidmatan rundingan.
Portal itu melaporkan sejumlah wang telah dibayar kepada SPRM untuk memberhentikan siasatan terhadap projek itu.
Lim berkata kerajaan negeri tidak tahu menahu mengenai wang itu, selain turut menyoal bila agensi anti-rasuah itu akan menarik Azeez.
Tambah Lim lagi, DAP telah dijadikan kambing hitam dalam isu ini, sedangkan Umno yang mendapat wang itu.
Sebelum ini Azeez pernah berkata yang beliau tidak pernah berurusan dengan Consortium Zenith. Malah, SPRM kemudiannya turut mengesahkan yang ahli Parlimen Baling itu bukan orang yang disyaki.
Turut dilaporkan yang SPRM telah menahan dua ahli perniagaan yang mana salah seorang daripada mereka memetik nama Azeez.
Pada Ahad, ahli Majli Tertinggi Umno itu berkata ada beberapa pihak yang memfitnah beliau, Umno dan lembaga Tabung Haji yang mana beliau merupakan pengerusi lembaga itu.
Berikutan tuduhan itu, pelbagai persoalan timbul terutamanya mengenai kelayakan Azeez untuk mengepalai dana Lembaga Tabung Haji.
Azeez berkata Consortium Zenith telah mengirim surat kepada peguamnya minggu lalu, dengan menaikkan kesilapan dalam notis tuntutan terrsebut yang dibuat oleh ahli perniagaan yang ditahan SPRM itu.
Notis tuntutan itu telah ditarik balik, selain Consortium Zenith turut akan menghulurkan bantuan buat Azeez untuk menutup laporan berita berbaur negatif mengenainya. – 7 Mac, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan