Notis siap siaga kemungkinan banjir kilat di 6 negeri, kata JPS


Enam negeri melibatkan Pahang, Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak berkemungkinan akan berdepan banjir kilat, menurut notis dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 10 November, 2022.

JABATAN Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi enam negeri melibatkan Pahang, Johor, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

JPS dalam kenyataan dikeluarkan setakat 5.30 petang ini memaklumkan ia berdasarkan maklumat ramalan hujan daripada model Numerical Weather Prediction (NWP) oleh Jabatan Meteorologi dan sistem Southeastern AsiaOceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS).

Menurut maklumat tersebut terdapat risiko berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi berkenaan sekiranya berlaku hujan lebat atau ribut petir yang signifikan dalam tempoh 12 jam daripada notis itu dikeluarkan.

JPS memaklumkan Pahang melibatkan daerah Rompin dengan lokasi terlibat adalah Kampung Ayau, Leban Chondong, Perumahan Nelayan, Kampung Setajam, Kampung Tanjung Pahang, Kampung Pianggu, Kampung Perpat, Kampung Gading dan Kampung Sarang Tiong.

Daerah Temerloh pula membabitkan Kampung Bangau Tanjung, Kampung Baru dan Kampung Teluk Sentang di Kuala Krau; Kampung Batu Sawar, Kampung Berhala Gantang, Kampung Bintang, Kampung Bukit Lada, Kampung Desa Baru Purun, Kampung Jenderak, Kampung Kerai, Kampung Lubuk Kawah, Kampung Padang Tenggala, Kampung Tanjung Pandan, Kampung Peragap, Kampung Pulau Pasir Mandi, Kampung Sanggang dan Taman Sri Desa.

JPS berkata Daerah Kuantan melibatkan Kampung Chendor, Kampung Cherating, Taman Balok Damai, Sri Mahkota, Taman Perumahan Padang Maju, Kampung Chendering, Sungai Isap, Taman Galing, Kampung Sungai Tiram dan Kampung Sungai Lembing.

Johor melibatkan daerah Mersing di Kampung Air Tawar, Kampung Semaloi, Kampung Asli Labong, Kampung Semanyir, Sungai Padang, Kampung Kuria Batu 4 di Mukim Triang dan Kampung Sungai Mengkuang.

Daerah Muar meliputi Kampung Parit Raja, Parit Keroma, Parit Keroma Darat, Taman Keroma, Kampung Kenangan TDI 5, Parit Haji Zain, Batu 15 Air Hitam, Kampung Parit Yaakup, Kampung Parit Karim Hulu, Kampung Parit Haji Zain, Kampung Parit Salmandan Kampung Parit Shafiee manakala lokasi terlibat di daerah Segamat ialah Labis Park dan Kampung Usaha Jaya.

Daerah Tangkak membabitkan Kampung Tanjung Gading Darat, Kampung Parit Gelugor, Kampung Gelugor, Parit Idrus, Kampung Anjung Batu, Taman Payamas dan Kampung Pengkalan Besar.

Selangor pula di daerah Klang iaitu Kampung Teluk Gong, Taman Daya Meru dan Pekan Meru.

Di Melaka kawasan yang berkemungkinan dilanda banjir kilat adalah daerah Alor Gajah iaitu di Masjid Tanah dan Kampung Jeram manakala daerah Port Dickson di Negeri Sembilan membabitkan Kampung Jimah, Kampung Sungai Sendayan, Kampung Janging dan Kampung Sawah Sunggala.

Kawasan di Sarawak pula meliputi daerah Kuching di Taman Bong Chin, Happy Valley, Taman Evergreen, Kompleks Sukan Jalan Green, Central Park, Desa Wira dan Kampung Gita.

JPS berkata notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat dalam tempoh tersebut.

“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – Bernama, 10 November, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen