PAKATAN Harapan (PH) akhirnya sebulat suara memilih logo perikatan pembangkang yang akan diumumkan Jumaat, 9 Jun nanti.
Perkara tersebut diputuskan semasa mesyuarat PH yang berlangsung tadi dimana logo tersebut akan turut digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke 14.
“Kita bersetuju dengan logo Harapan, kita pakai Harapan tapi ada modifikasi sikit,” kata penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad kepada media di Putrajaya.
Pilihan logo sebelum ini menerima kecaman pengguna media sosial selepas pertama kali didedahkan di akaun Facebook wakil rakyat Pandan Rafizi Ramli awal bulan ini.
Pakatan itu kemudiannya meminta kerjasama orang awam untuk membantunya mereka bentuk logo barunya.
Pengerusi Parti Pribumi Parti Bersatu Malaysia itu juga menafikan mesyuarat yang berlangsung sebentar tadi turut membincangkan pemilihan calon interim perdana menteri PH.
“Tidak ada, tak bincang pasal isu, kita bincang pasal logo saja itu pun ambil masa lama.”
Mesyuarat PH turut dihadiri pimpinan tertinggi perikatan pembangkang itu antaranya Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail , Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. – 31 Mei, 2017.
Komen