Belum ada rundingan kerusi dengan Pakatan, kata Muda


Ravin Palanisamy

Pengarah Pilihan Raya Muda Amira Aisya Abd Aziz berkata rundingan kerusi secara rasmi bersama Pakatan Harapan dan parti itu masih belum bermula. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Oktober, 2022.

MENJELANG tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diumumkan esok oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perbincangan kerusi antara Muda dan Pakatan Harapan (PH) masih belum bermula, kata Pengarah Pilihan Raya Muda Amira Aisya Abd Aziz.

“Jujur saya sebut di sini, rundingan kerusi secara rasmi bersama PH masih belum bermula,” katanya yang juga timbalan presiden Muda menerusi Facebooknya hari ini.

Minggu lalu Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata gabungan itu akan bekerjasama dengan Muda dalam PRU15 akan datang sebagai pakatan pilihan raya.

Anwar berkata majlis itu akan membincangkan butiran kerjasama mereka seperti peruntukan kerusi dan logo.

Amira mendakwa sudah menghubungi pemimpin PH untuk meminta mesyuarat dengan majlis presiden gabungan itu tetapi berkata ia tidak berlangsung sehingga hari ini.

“Orang ramai bertanya kepada kami di mana Muda bertanding.

“Jadi rundingan kerusi antara Muda dan PH perlu dimulakan segera,” tambahnya.

Amira berkata Muda tidak mempunyai masalah dengan syarat awal yang ditetapkan semasa perbincangan mengenai pakatan pilihan raya. – 19 Oktober, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen