VETERAN DAP Ronnie Liu bersedia untuk keluar parti itu menurut Star online.
“Saya terpaksa kerana saya tiada pilihan,” Liu dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.
Bagaimanapun, Adun Sungai Pelek itu tidak memberi tarikh bila beliau akan keluar parti.
“Saya akan keluar parti tidak lama lagi dan akan mengeluarkan kenyataan mengenainya,” katanya dipetik memberitahu akhbar harian berbahasa Inggeris itu.
Liu berkhidmat dalam kerajaan Selangor sebagai Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan selepas Pakatan Rakyat ketika itu menawan kerajaan negeri pada 2008.
Beliau memenangi kerusi Pandamaran pada pilihan raya tahun itu tetapi digugurkan oleh parti pada pilihan raya umum 2013.
Bagaimanapun, Liu membuat kemunculan semula pada pilihan raya umum lalu dan menawan kerusi DUN Sungai Pelek.
Pemergian Adun Sungai Pelek itu susulan hubungannya yang tegang dengan kepimpinan sejak setahun lalu. – 8 Oktober, 2022.
Komen