DAP tidak perlukan cauvinis seperti Ronnie Liu, kata pemimpin parti


Adun Sungai Pelek Ronnie Liu berkata DAP tidak perlu mencairkan 'kecinaannya' hanya kerana kritikan daripada musuh politik mereka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 April, 2021.

PEMIMPIN DAP mengecam kenyataan dikeluarkan rakan mereka, Ronnie Liu yang parti itu tidak boleh “mencairkan kecinaannya” dan tidak sepatutnya memberi gambaran ia “bukan parti Cina”.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan parti, Tony Pua berkata kenyataan Liu mungkin merupakan penghinaan terbesar yang pernah dilemparkan kepada DAP hari ini.

Beliau berkata MCA mempunyai ‘kecinaan’ mereka sendiri dan ia sepenuhnya berada di bawah belas ihsan “abang besar” seperti Umno, Bersatu dan PAS yang memberikan sokongan survival politik kepada MCA.

“Namun, Liu mahu parti membalikkan kemajuan yang kita buat selama lebih satu dekad untuk melindungi ‘kecinaan’ kita.

“Itu sangat cauvinis dan DAP tidak perlukan tanpa chauvinis seperti itu dalam parti,” kata Pua dalam satu kenyataan.

Liu, yang merupakan Adun Sungai Pelek berkata parti tidak perlu mencairkan “kecinaannya” hanya kerana kritikan daripada musuh politik mereka.

Katanya, DAP harus menjaga budaya parti, serta semangat perlembagaan, pluralistik dan perjuangan politik demokratik parti.

“Falsafahnya jelas: berpegang teguh pada ‘kecinaan’ kita sambil terus memanggil diri kita sebagai ‘parti berbilang kaum… untuk semua rakyat Malaysia’, walaupun terdapat percanggahan yang jelas.

“Strategi pilihan rayanya (PRU15) juga mudah: ‘kita perlu bekerjasama dengan parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak sepatutnya menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.”

Pua berkata beliau gembira dan lega kerana Liu kes terpencil dan kepemimpinan parti tidak menyokong prinsip cauvinistik tersebut.

Beliau berkata pendirian seperti itu tidak hanya akan membuatkan mereka kembali puluhan tahun tetapi akan menjadi suara kematian parti pada masa depan.

“Saya dan rakan dalam parti mahu membina parti Malaysia yang menyeluruh berdasarkan prinsip keadilan, pentadbiran yang baik dan berintegriti. – 13 April, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen