Brad Pitt tayang arcanya pada pertunjukan seni pertama


Brad Pitt menunjukkan salah satu karya acrcanya di Muzium Seni Sara Hilden, Finland. – Gambar Facebook, 20 September, 2022.

BRAD PITT telah mendedahkan karya arcanya di sebuah muzium seni di Finland, kata galeri itu pada Isnin, pertama kali dalam pertunjukan seni pertama pelakon itu.

Terletak di bandar Tampere ketiga terbesar di Finland, ini adalah kali pertama bintang Amerika yang “belajar sendiri” itu mempersembahkan arcanya kepada orang ramai, kata Muzium Seni Sara Hilden.

Arca Pitt telah didedahkan oleh pelakon itu sendiri pada hari Sabtu sebagai sebahagian daripada pameran yang lebih besar oleh artis British Thomas Houseago, bersama siri seramik oleh rocker alternatif Australia Nick Cave.

“Bagi Nick dan saya, ini adalah dunia baharu dan penyertaan pertama kami. Rasanya cocok,” kata Pitt kepada penyiar Finland Yle pada majlis perasmian.

Hasil kerja Pitt termasuk panel plaster acuan “menggambarkan tembak-menembak” dan satu siri arca silikon berbentuk rumah yang masing-masing telah ditembak dengan peluru yang berbeza.

“Bagi saya ia adalah tentang muhasabah diri. Ia mengenai di mana saya tersilap dalam perhubungan saya, di mana saya tersilap langkah,” kata Pitt pada pembukaan.

Kunjungan luar jangkaan pelakon berusia 58 tahun itu mengejutkan negara Nordik itu kerana penglibatannya dalam pameran itu tidak diumumkan sebelum ini.

“Dalam erti kata itu, ini menarik dan mengagumkan,” kata Ketua Kurator Sarianne Soikkonen kepada AFP.

Selain menganjurkan arca Pitt buat kali pertama, pertunjukan seni itu merupakan pameran pertama Houseago di negara-negara Nordic.

Keputusan untuk memasukkan rakannya Cave dan Pitt dalam pamerannya dibentuk oleh wabak dan “peristiwa dalam kehidupan peribadi Houseago”, kata Soikkonen. – AFP, 20 September, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen