DR Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau memiliki kuda dan berkata beliau bernasib baik rakannya dari Argentina meminjamkannya haiwan berkenaan.
“Najib (Razak) kata saya banyak belanja untuk beri makan pada mereka. Saya nak beritahu saya tiada kuda di Argentina. Saya tak pernah miliki seekor pun. Rakan saya pinjamkan kepada saya. Lepas menunggang, saya bagi makan lobak. Ia lebih murah berbanding kuinoa,” katanya.
Katanya, sebelum ini beliau melawat ke Argentina setahun sekali dan ketika itu beliau akan menunggang kuda tetapi sudah dua tahun beliau tidak ke sana.
Dr Mahathir berkata pada masa itu beliau sudah sibuk dengan tugasnya untuk menyingkirkan Perdana Menteri Najib Razak.
“Saya harap kuda saya masih hidup,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Perdana Menteri Najib Razak berhubung makanan kudanya yang dikatakan lebih mahal berbanding diet kuinoa.
Dr Mahathir sebelum ini berkata, beliau hanya makan nasi dan mengejek Najib kerana bertukar makanan dari nasi kepada kuinoa, yang mana ia 20 kali lebih mahal.
“Diet kuinoa saya pun menjadi isu, Saya masih makan nasi lemak dan nasi vanggey, kata Najib pada pertemuan pemimpin bersama rakyat yang diadakan di Negeri Sembilan pada Isnin.
Najib berkata, beliau memakan bijirin import itu bagi menggantikan nasi atas nasihat doktornya.
Berikutan kritikan daripada beberapa pemimpin pembangkang dan pengguna media sosial kerana menunjukkan Najib “gagal mendekati” rakyat Malaysia biasa, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan minggu lalu berkata Najib sering dihidangkan nasi pada pelbagai acara yang dihadiri sebagai sebahagian daripada tugasnya.
“Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai tindakan oleh pihak tertentu, termasuk pemimpin pembangkang, untuk memutarbelitkan pernyataan Perdana Menteri Najib Razak tentang rutin kesihatan dan dietnya, yang beliau ucapkan pada program Bajet 2018 Bersama Rakyat semalam.”– 27 Februari, 2018.
Komen
Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan