Penerima BR1M terima bayaran pertama


Bede Hong

PEMBAYARAN fasa pertama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun ini telah dimasukkan ke dalam akaun rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan itu.

Cara ini jauh lebih baikberbanding ketika BR1M mula diperkenalkan, di mana penerima terpaksa beratur panjang untuk mengambil baucer pembayaran yang diawasi ahli politik Barisan Nasional (BN).

“Masuk dalam akaun senang sebab tak payah beratur macam dulu dekat sekolah. Berjam juga nak dapat kupon lepas cash kan dekat bank,” kata suri rumah, Siti Naqiyah Abdul Umur mengenai kepayahan yang terpaksa dilaluinya untuk mengambil baucer BR1M.

“Kena ambil cuti sebab dulu saya kerja shift. Sabtu, Ahad tak semestinya cuti,” kata wanita berusi 27 tahun itu sambil menambah akan membelanjakannya untuk membeli barang runcit dan keperluan lain.

Tujuh juta rakyat Malaysia layak menerima bayaran BR1M  tahun ini, yang melibatkan jumlah RM6.3 bilon. Pembayaran akan dibuat secara tiga kali, dengan pembayaran selanjutnya ialag pada Jun dan Ogos.

Dahulu, baucer BR1M yang ditunai di bank-bank yang terlibat, diedarkan di tempat awam, sekolah, pejabat daerah dan adakalanya di pejabat-pejabat BN sehingga mendapat kritikan pembangkang. Baucer juga kadangkala ditunaikan terus oelh pegawai bank di pusat pengedaran.

“Bagi saya itu tak jadi masalah,” kata Razak, 59, seorang pesara di Kuala Lumpur. 

“Sebab saya ikut prosedur dan saya selalu kemas kini borang (BR1M). Saya akan kemas kini terus di pejabat Lembaga Hasil (LHDN) berbanding online sebab nak elakkan masalah.”

Penerima pertama, Safriha Irma Sahruddin pula mendapati proses itu mudah.

“Ia memudahkan orang ramai, tak perlu beratur dan jimat masa,” kata pembantu perubatan berusia 33 tahun itu.

BR1M diperkenalkan pada 2012 dan merupakan bantuan tambahan kepada isi rumah berpendapatan rendah.

Buat masa ini, program itu memberi bantuan kewangan kepada isi rumah berpendapatan kurang dri RM3,000 sebulan menerusi baucer tunai bernilai RM1,200 melalui tiga kali pembayaran.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,000 hingga RM4,000, akan menerima RM900. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bawah RM2,000 akan menerima bantuan sekali berjumlah RM450.

Sejumlah RM26.2 bilion telah diedarkan sejak ia dimulakan pada 2012.

Pada tahun pertama program BR1M, sejumlah RM2.1 bilion disalurkan kepada 4.2 juta penerima.

Semalam, Perdana Menteri Najib Razak berkata BR1M adalah cadangan Bank Negara Malaysia bagi membolehkan subsidi sasaran untuk isi rumah berpendapatan rendah.

“Semasa taklimat pada 2011, Bank Negara mencadangkan kerajaan memperkenalkan subsidi sasaran bagi menggantikan subsidi pukal dengan mengatakan barangan bersubsidi seperti petrol RON 95 juga digunakan oleh pelancong dan warga asing, serta memberi manfaat kepada golongan berpendapatan tinggi yang berkereta besar,” beliau dipetik berkata oleh The New Straits Times. – 26 Februari, 2018.    

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Sehingga hari ini ramai yang telah lulus belum lagi dapat bayaran BR1M kelmarin. Minta penjelasan.

    Dimuat naik 8 tahun yang lalu oleh Shahas Areball · Ulasan