Bekas duta UK ke Myamnar ditahan di Yangon 


PIHAK berkuasa Myanmar menahan bekas duta United Kingdom ke negara itu, kata sumber diplomatik pada Khamis.

Vicky Bowman, yang berkhidmat sebagai duta dari 2002 hingga 2006 ditangkap pada Rabu di hab komersial Yangon, kata sumber itu, meminta namanya dirahsiakan.

Sebelum berkhidmat sebagai duta, Bowman juga merupakan setiausaha kedua di kedutaan UK dari 1990 hingga 1993.

“Kami bimbang dengan penahanan seorang wanita Britain di Myanmar,” kata jurucakap kedutaan UK kepada AFP.

“Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan memberikan bantuan konsular.”

Suami Bowman dan artis terkenal Htein Lin turut ditahan, kata sumber diplomatik itu.

Media tempatan berkata, pasangan itu telah dibawa ke penjara Insein Yangon dan akan didakwa kerana melanggar undang-undang imigresen.

Jurucakap junta bagaimanapun tidak menjawab sebarang permintaan untuk mengulas berhubung penahanan itu. – AFP, 25 Ogos, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen