Penyerang Salman Rushdie mengaku tidak bersalah cuba bunuh, serang


Suspek, Hadi Matar, 24, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh tahap dua dan serangan tahap dua terhadap pengarang The Satanic Verses Salman Rushdie, menurut laporan itu. – Gambar AFP, 19 Ogos, 2022.

SUSPEK yang menyerang novelis terkenal Salman Rushdie menggunakan pisau minggu lepas mengaku tidak bersalah dan ditahan tanpa sebarang ikat jamin, lapor Sputnik memetik laporan Buffalo News pada Khamis.

Suspek, Hadi Matar, 24, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu cubaan membunuh tahap dua dan serangan tahap dua, menurut laporan itu.

Pada 12 Ogos, Rushdie telah ditikam di bahagian leher dan perut oleh Hadi Matar, 24, ketika hendak menyampaikan syarahan di Institusi Chautauqua di barat New York.

Rushdie dimasukkan ke hospital dan menggunakan bantuan ventilator.

Pada Ahad, Rushdie disahkan tidak lagi bergantung kepada bantuan ventilator dan mampu bercakap.

Rushdie ialah penulis kelahiran India yang terkenal dan memenangi pelbagai hadiah sastera serta pernah mencetuskan kontroversi menerusi buku tulisannya “The Satanic Verses” yang dikatakan menghina Islam. – Bernama, 19 Ogos, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen