IMF laksana strategi rapatkan jurang gender


Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva melancarkan Strategi Gender pertama tabung itu yang akan dilaksanakan serta merta. – Gambar AFP, 23 Julai, 2022.

DALAM tindak balas kepada gesaan global terhadap kesenjangan melibatkan wanita, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menggunapakai dasar baharu untuk lebih mempertimbangkan kesaksamaan gender dalam pekerjaan, umum pengarah urusan peminjam dana global itu semalam.

“Saya berbesar hati dan bangga untuk mengumumkan yang Lembaga Eksekutif hari ini meluluskan Strategi Gender pertama IMF yang menyasarkan penglibatan gender dalam aktiviti teras Tabung,” kata Kristalina Georgieva dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan yang organisasi berpengkalan di Washington itu akan serta merta melaksanakan strategi itu, yang antaranya meliputi penambahbaikan akses kepada data gender serta “kerangka lengkap bagi memastikan aspek kritikal mikro gender dimasukkan ke dalam kerja negara IMF.”

“Kejayaan pelaksanaan strategi ini akan membantu negara ahli kami dalam mencapai pertumbuhan dan kekalisan ekonomi yang lebih inklusif dan bersama,” kata Georgieva.

“Apabila wanita berjaya, negara juga berjaya.”

Georgieva, seorang ahli ekonomi Bulgaria yang pengalaman kerjanya berdekad lamanya dalam pembangunan antarabangsa itu juga menambah yang “dasar makroekonomi, struktur dan kewangan yang direka bentuk dengan baik boleh menyokong hasil lebih cekap dan inklusif yang saksama yang boleh memberi manfaat kepada wanita, gadis dan masyarakat umumnya.” – AFP, 23 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen