Wanita didakwa hina Islam bayar ikat jamin hasil kutipan RM40,000


Siti Nuramira Abdullah mengaku hafal 15 juzuk Al-Quran sebelum membuka tudung semasa membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Julai, 2022.

SEBANYAK RM40,000 berjaya dikutip hasil sumbangan awam untuk membayar ikat jamin wanita yang didakwa menghina Islam semasa persembahan komedi dan pasangannya, lapor Free Malaysia Today.

Kutipan dana anjuran kumpulan hak asasi manusia Lawyers for Liberty (LFL), kata peguam yang mewakili Siti Nuramira Abdullah dipetik portal itu.

Siti Nuramira, yang mengaku hafal 15 juzuk Al-Quran sebelum membuka tudung semasa membuat persembahan di Crackhouse Comedy Club bulan lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 13 Julai lalu.

Dia yang didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan. Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh diminta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kesnya selesai.

Teman lelakinya, Alexander Navin Vijayachandran didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salah guna kemudahan telekomunikasi. Mahkamah juga menetapkan ikat jamin RM20,000.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan menghina Islam.

Rakaman video persembahan komediri Siti Nuramira pada Jun tersebar di media sosial pada 16 Jun. – 18 Julai, 2022.     



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen