Larangan eksport ayam bantu tambah bekalan tempatan, kata pakar industri


Khoo Gek San

Harga ayam dijangka melambung selepas harga siling ditamatkan 30 Jun ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Jun, 2022.

MASALAH kekurangan bekalan ayam di negara ini boleh diselesaikan dengan pelaksanaan larangan eksport kata pakar industri.

Namun ini langkah sementara memandangkan angka eksport hanya 5% daripada jumlah keseluruhan ayam yang dikeluarkan.

Pengarah Urusan Mydin Ameer Ali Mydin berkata said penggantungan eksport ayam akan membantu meningkatkan bekalan tempatan.

Katanya eksport perlu disambung semula selepas sebulan untuk meningkatkan pendapatan pertukaran asing.

Menurut jabatan statistik penternak ayam negara mengeluarkan 98.2% ayam.

Peningkatan harga makanan ayam menyumbang kepada kekurangan bekalan.

Ekoran itu kerajaan mengumumkan larangan eksport melibatkan 3.6 juta ayam setiap bulan bermula 30 Jun sementara subsidi kepada penternak akan dihentikan bermula 1 Julai.

Harga siling ayam RM8.90 bermula Februari lalu bakal tamat 30 Jun ini.

Menurut Ameer perkara itu akan menyaksikan harga ayam melambung kepada RM11.90 hingga RM12.90 sekilogram Julai nanti.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan turut membatalkan subsidi minyak masak namun memberikannya kepada golongan sasar bagi membantu B40.

“Ada dua masalah dengan subsidi. Pertama kita bantu orang yang salah seperti golongan M40 dan T20.

“Kemudian ada kebocoran dalam ekonomi kerana subsidi ini boleh mendorong kepada penyeludupan yang turut memanfaatkan orang yang salah,” katanya. – 7 Jun, 2022.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen