Iktiraf ganja sebelum benarkan penggunaannya, kata bekas ahli Parlimen


Elill Easwaran

Peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff berkata ganja perlu diiktiraf terlebih dahulu sebelum dihalalkan penggunaannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 Mei, 2022.

MENGIKTIRAF ganja sepatutnya menjadi langkah pertama sebelum menghalalkan penggunaannya, kata peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Bekas ahli Parlimen Balik Pulau itu berkata malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengakui ganja mengandungi bahan yang mempunyai nilai perubatan.

Yusmadi di antara yang mengetuai pertuduhan menghalalkan ganja dan merupakan peguam yang mewakili penyanyi nasyid dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman yang didakwa menanam tanaman ganja dan mengedar ganja 214g pada 31 Mac lalu.

Beliau sedang menerima rawatan gangguan bipolar di Hospital Sungai Buloh. 

Beliau berkata sokongan badan kesihatan dunia itu harus memberikan motivasi untuk penyelidikan meluas secara tempatan mengenai nilai perubatan ganja.

Beliau berkata langkah untuk menghalalkan ganja di negara ini mendapat sokongan kedua-dua belah pihak.

“Malah Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bersedia mendengar pendapat mereka dalam Kaukus Medical Cannabis,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada 18 Mei Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa kerajaan mengiktiraf penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

Syed Saddiq yang juga pengerusi Kaukus Medical Cannabis berkata sudah tiba masanya Malaysia mengikut jejak langkah lebih 40 negara di seluruh dunia dalam mengiktiraf ganja sebagai alternatif perubatan.

“Rakyat Malaysia di seluruh negara menunjukkan sokongan mereka untuk dekriminalisasi ganja perubatan.

“Ini juga menunjukkan petanda positif jadi kami berharap jawapan akan didengar tidak lama lagi,” katanya.

Minggu lalu Kementerian Kesihatan dilaporkan berkata mereka terbuka untuk menjalankan ujian klinikal ke atas CBD atau cannabidiol yang merupakan antara kandungan aktif dalam marijuana atau kanabis untuk tujuan perubatan.

Bagaimanapun timbalan menterinya Dr Noor Azmi Ghazali menerusi akhbar Harian Metro berkata kerajaan memerlukan undang-undang tertentu untuk dikjai semula bagi mengelak sebarang penyalahgunaan bahan itu sebelum perbicaraan boleh dijalankan.

“Penggunaan CBD sememangnya menjadi topik perdebatan sekarang kerana sesetengah negara luar menggunakan bahan tersebut untuk rawatan penyakit kronik dan sebagainya.

“Kementerian terbuka untuk menjalankan kajian klinikal tetapi untuk peringkat awal kita masih belum dapat bergerak seperti di negara luar,” katanya. – 24 Mei, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen