KUMPULAN peguam Lawyers for Liberty (LFL) menggesa Putrajaya merujuk Singapura kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana gagal memastikan tiada individu kurang upaya mental dijatuhi hukuman mati.
LFL hari ini berkata ia terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini kerana menolak rayuan rakyat Malaysia, Nagaenthran Dharmalingam terhadap hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya.
Kumpulan itu turut mempersoalkan keengganan mahkamah untuk membenarkan penilaian psikiatri bebas terhadap keadaan mental Nagaenthran atau kemampuan badannya untuk menjalani hukuman itu.
Ketua Koordinasi LFL Zaid Malek berkata keputusan mahkamah Singapura itu jelas tidak mematuhi kepatuhan republik itu di bawah Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya.
“Kami menggesa Malaysia pada waktu penting ini, untuk campur tangan dan membawa perkara ini kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa kerana mereka melanggar perjanjian di bawah undang-undang antarabangsa.
“Kerajaan Singapura perlu bertanggungjawab kerana mengabaikan tanggungjawab antarababangsa yang menjejaskan rakyat kita sendiri,” kata Zaid.
Zaid berkata ini bagi memastikan tidak ada individu yang mengalami kecacatan mental dijatuhkan hukuman mati.
Beliau berkata afidavit sokongan difailkan bagi permohonan itu meningkatkan kebimbangan sah berkaitan keadaan mental Nagaenthran yang semakin merosot di mana ia memerlukan penilaian psikiatrik.
“Malah, permohonan itu amat penting bagi memastikan Singapura selaras dengan pematuhan terhadap konvensyen itu.”
Awal hari ini, mahkamah tertinggi Singapura menolak permohonan rayuan terakhir Nagaenthran berhubung hukuman mati dikenakan terhadapnya, walaupun menerima kritikan antarabangsa. – 29 Mac, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen